Archive for the 'malaysia' Category

23
May
11

Persinggahan

Salam…

Update lagi wordpress aku ni kan.. hehehe..
Dalam tempoh 2 bulan yang lalu memang aku bieziii dengan kerja.. biezii dengan proses perpindahan. Tapi semua kebieziiann itu Insyallah telah berkurangan. Kalau tak mana mungkin aku update wordpress ni kan.. haha
Ni pun mencuri duit gaji aku… Ishh.. halal kot no aku curi ni.. dah depa tak bagi kerja kan.. nak buat apa lagi.. kalau dok asyik merayau boss tengok marah pulok nanti kan.. hmmm whateverrrr =p

Dalam proses perpindahan tu, adala dalam 2 minggu aku merempat d KL sebab depa suruh balik dulu sebelum extand lagi sebulan kat Miri.. Ni semua gara2 politikus management la nii… lantak pi korang la kan.. janji bagi aku tempat persinggahan.. takkan nak suruh aku tidor kat Masjid pulak kan.. Jadinya, depa bagi aku 2 minggu kurang lebey la lepak kat Lanson Hotel. Lokasi hotel? 5 minit naik motor dari opice aku kat jalan ampang sebelah sekolah International apa tah…

Sambil2 lepak tu ingat nak shoot la kat hotel ni.. dia punya Decor memang best.. ala2 garden gituu… rekabentuk pun unik jer…
Tapi, sebab kemalasan yg melampau… aku shoot sikit jer.. ni baru nak nyesal sebab angle pict2 lain tak menarik.. 5 keping aku shoot nak buat panorama, sekali “photostich” tak bagi match sebab focal length too big.. dah aku pakai wide lens. patut la.. huhu…

ni antara pict yg aku shoot dari tingkat 16 hotel (limited access apply to this hotel. Nak guna lift kena pakai card. So, only level yg aku duduk jer boleh access) …


ada 4 lift untuk kegunaan tetamu yang disusun 2 lift in opposite… tengok foto dibawah nii..

Sebab bayar tak berapa mahai (company yg bayar.. lantak pi la kan..) dia bagi aku view ampang. Kalo nak view KLCC lagi mahal kot.. :)



Foto malam ni tak berapa menarik laa.. upload jer la ek.. kalo amik just lepas mentari terbenam mesti lagi ok kot.. Tapi masa ni asyik sampai bilik dah masuk Isyak nak buat macamana kan… huuhuhu

hmmmm… best gak rasanya dok hotel ni.. sampai waitress masa breakfast pun dah kenai sebab hari-hari muka ni jerr… bro yg buat omelet pun tengok muka aku pun dah siap highlight “cheese lebey ?” … “Cam biasa.. heheh”
Luckly company ada Koporat akaun kat sini. Semalam cuma RM200… huhu.. kalo duit aku keluuu…. tido mesjid laa.. hahhaa

17
May
11

Mulu trip ep. 6 (finally)

As-Salamualaikum…

Lama kan tak update.. nak kata busy sangat rasanya tak.. cuma kemalasan yang teramat akhir2 ni. dan lagi sebulan dua ni banyak travel antara miri dan KL. Tengah dalam proses perpindahan balik ke KL for good Insyallah.. :)

Back to the topic.. entry ni adalah yg terakhir untuk edisi Mulu Insyallah..

Sebelah petang pada hari ke-2 kami skali lagi menghayun kaki menjelajah bumi Mulu. Kali ni lebih jauh berjalan kaki.

Dari resort, kami dibawa ke HQ menggunakan van. Untuk ke HQ office kami kena seberang sungai. Jadi kena la seberangi guna jambatan gantung nii..

Di HQ tour guide dah tunggu.. :) sampai jer terus berjalan menuju ke dua lagi Gua untuk dijajah.. hehe
Penat pagi tu pun belum hilang, ni nak kena jalan lagi 30 to 40 minit… :-/

hmm.. lama sangat dah.. aku pun dah lupa nama guide kami kali nii…

Suasana hutan sepanjang perjalanan terasa mendamaikan.. redup diliputi aroma segar yang menyamankan.. sambil2 tu dapat la shoot apa yg patut.. :)
Siput ni aku tak pernah nampak.. maybe keluarga siput ‘babi’ cengkerang pendek kot.. hehhee

Ok… dah sampai… kejap jer kan…
yer laa.. kaki aku yg penatnya.. hoohohoo.. Rehat kejap kat sini sebelum melangkah masuk ke gua kat depan tuu..

Rasanya sama jer kot permandangan kat dalam gua Lang dengan angin dan air jernih yg aku cerita sebelum nii.. :)
dipendekkan cerita lepas jelajah gua lang kami lepak jap kat persimpangan antara gua lang dan gua rusa sebeluh meneruskan perjalanan ke gua rusa..

Next… kita ke gua yg terbesar di malaysia, gua rusa@payau (rusa dalam bahasa tempatan). Guide tu bagitu, dulu2 org tempatan selalu nampak rusa kat gua ni.. :)
berbeza dari gua2 sebelum ni, gua rusa agak berbau kerana ia menjadi habitat berjuta2 kelawar… Dah sampai kat dalam gua tuu.. brother guide tu cakap, kalo nak masuk ni kami mungkin akan terlepas untuk saksikan keajaiban alam melihat berjuta2 kelawar keluar dari pintu gua sebab hari dah agak lewat. Tapi kami teruskan juga masuk kedalam… bukan selalu dapat sampai kan…
Subhanallah… walaupun ber’bau’ keindahan gua itu tetap memukau.. kerana dapat menyaksikan keindahan gua bila melihat titisan2 ari dari bumbung gua disinari cahaya matahari…

Nasib kami baik…. dalam perjalanan keluar, dapat lihat kelawar lalu diatas kepala menuju ke pintu gua.. guide bawa kami ke satu kawasan di pintu gua untuk menyaksikan keajaiban alam itu.. :)
Kemudian kami teruskan perjalanan ke kawasan memerhati kelawar yang kami singgah awal tadi..

hmm.. dah penat. balik tdo dulu.. malam ada pertunjukan tradisional lagi :)

hari ketiga, seawal pagi kami mengadap sarapan dulu sebelum bergerak menuju Canopy Sky Walk..
Dengan menaiki tut2 kami menuju ke HQ sekali lagi. Sampai disana, guide yg sama ketika menjelajah gua rusa semalam telah sedia untuk membawa kami. Pejalalan kali ini sama seperti hari sebelum tapi kali ini jaraknya lebih dekat..
Lebih kurang 20minit perjalanan kami sampai di anak tangga untuk memanjat ke atas jambatan gantung.

Dalam perjalanan balik sempat la tembak apa yg patut… antaranya yg ni..

Guide ada pesan, kalau jalan tu jgan pegang “handreel” takut ada serangga berbisa dok merayap.. :)

Alhamdulillah.. selesai juga edisi Mulu aku.. kalau ada peluang, Insyallah.. nak repeat lagi.. cuma kali ni nak pergi sampai pinnacle :)

20
Dec
10

Mulu Trip Ep.4

Ok.. sambung lagi..
kali ni trip start menjelajah gua aka cave.
pagi2 lagi dahh bangun.. kena awai sebab organizer dah remind that kul 730 trip start. Naik boat lagi wehhh…

ni ambil dari atas boat..

dalam 15minit dari resort, kami singgah kat HQ dulu.. kena check-in they said. Tp, sampai kat situ tak naik p opic pon, sebab tour guide (staff diorang) dah settlekan.. tunggu lama gak sebelum the tour guide sampai.. sib baik boat park bawah pokok2.. tak panas sangat laa..

Tapi, duk atas boat tu pun tak best gak.. kalo ada boat lain lalu mau terhuyung hayang gak atas boat tu..

Sebelum pg ke gua, tour guide bawa kami singgah ke satu perkampungan.. ada barang craft tangan dijual disitu.. price.. bley tahan gak.. rasanya kat Miri lagi lurah kot.. huhu



Ada auntie yg baik hati ni buat demo main seruling.. pakai hidung babe..

kemudia kami meneruskan perjalanan ke gua yang pertama, gua angin (wind cave)..
Landing time..

Ni la jalan nak naik ke gua angin.. tinggi gak nii…

ni pulak entrance gua angin.. kena tunggu kat sini lama gak sebab ada satu group lagi mat saleh yg join kami. tp, depa jalan kaki dari HQ…

ok.. sekarang kita masuk ke dalam gua pulak..

Berapa ratus or ribu tahun la batu ni terbentuk sampai sebegini rupa..

ok.. samapai disini dulu.. nanti sambung cerita lagi..

09
Dec
10

Mulu Trip Ep. 2

Sambungan . . . hehe

ni view kat jetty nak p umah penan.. jambatan tu la yg driver tu bawak kami lalu nak masuk resort..
ni sebelum nak p ke rumah penan..

dari pemerhatian aku, bot merupakan pengangkutan utama di sini.. tp, aku tak tau la mana diorang ni dapat minyak.. mesti mahal kat sini rasanya..

ni la uncle yg bawa kami tour sungai.. nak p umah penan. dia kata sungai ni ada buaya.. arus deras lak tuu..


Yang aku mushkil pasal apa uncle tu tak park boat dia depan umah penan tu jerr.. tp, dia park depan sikit, jadi terpaksalah kami berdua berjinjing tangan melalui jalan nii.. :) . Munkin sebab ujan, jalan ni agak licin. hati2..

ni la umah penan itu.. mula ingatkan sebiji2, rupanya rumah panjang diorang agak terkebelakang.. yg tepi sungai tu sebenarnya stor2 diorang.. tak pasti la kalo dalam sebijik2 umah (stor) tu ada yg orang tinggal..

Bersambung lagi..

26
Oct
10

Pantai apa nama tah…

Tetiba ja rasa nak merayau.. dah lama tak keluar memburu. Bila kepala dah penat kerja, melayan hobi buat kita kadang2 kita rasa relax..

Feel free to drop ur comments ;)

26
Sep
10

Salam Syawal..

As-SAlamualaikum…
Dah raya ke-17 hari nii..?? Tapi betul ka kita kena raya sampai sebulan sebab dah puasa sebulan.. haha.. sendiri pikir la yer.. Kalo nak raya jugak alamat poket kosong la nanti. sementara syawal ni boleh la pegi buat muka tak malu beraya umah org kan. KL sure jem hari ni kat area ramai penduduk melayu Islam sebab pakat dok buat ‘open house’ :)
Selamat menjamu selera kawan…

Raya baru nii…? hmm ni kali pertama raya ber-2 hehe.. seronok? mesti laaa… cuma ralat sikit sebab bnyak umah sedara-mara miss.. cuma nasib baik ada sedara yg buat open house jadi dapat la jumpa “semua” sedara serentak hehe…

Bila ber-2 ni maksudnya double la bilangan sedara mara kan.. nasib baik anak2 buah belum ramai haha.. kalo tak pokai pakcik.. Dah jadi semacam trend sekarang bila raya, mesti kena balik kedua2 belah org tua (bg yg dah kawin laa), cuma yg bezanya… hari raya pertama dirumah siapa? mungkin aku dalam lingkungan kawan2 yang berkemampuan untuk berbuat sedemikian barangkali. Jadi itu yg aku nampak… :) . Nasib aku baik.. dituntukan oleh Nya jodoh yg sama negeri.. jadi senang la nak berulang alik antara rumah orng tua aku dengan mertua… cuma yg tak tahan nak berulang tu la kan.. nak pack baju.. kadang2 samapai terlupa, baju yg basuh kat umah manah hahah.. Nasib baik Isteri tercinta uruskan.. abang cuma drive jer yer sayang… ;)

Apa pun, syawal kali ini banyak kelainan.. ada yg menarik dan ada yg tidak.. yg tak menarik tu perlu di postmortem untuk memenarikkannya balik ditahun hadapan.. itu pun kalau Dia izinkan.. :)

Gambar raya.. ? ni yg sedey niii… boleh pulak kami berdua LUPA nak possing gambar araya berdua.. huhu..

apa pun ni ada la 2 3 keping gambo yg sempat diambil raya haritu.. :)

sempat bawa orang umah p bermalam kat pulau mutiara.. :)


25
May
10

Loagan Bunut edisi ke-2

As-Salamualaikum…
Rajin pulak aku upload skarang.. :)
ni ada lagi beberapa hasil pemburuan di Loagan Bunut.. Kira berbaloi gak la dah lama tak memburu kan..
Nak kata cantik tempat nih.. subjectif.. tapi setiap ciptaanNya menti ada sebab dan kecantikan karyaNya memang tiada bandingan.. Subhanallah..
Sedikit info pasal tasik ni..
*Terhasil dari limpahan sungai. Tapi sekarang dah bersambung ke sungai.
*Ada beberapa kaum mendiami sekitar tasik ini, tetapi hanya hanya dari keturunan “berawan” yang boleh menangkap ikan disini.
*Ada buaya… hehee dari sungai berhampiran




02
Apr
10

Entry Layan Jiwang

Salam..
Sejak kawin ni makin jiwang pulak rasanya.. hehehe.. tp, aku peduli apa. jiwang kat bini sendiri kan. Dia halal buat diriku..
Apapun, ini la serpihan dari gambar2 yang masuk perangkap ketika memburu di tanah tinggi cameron. Tp, maaflah, gambar2 ni dah siap di’siang’ :)




Dari ‘beranda’ (ayat org kedah nii) ada taman bunga kat depan bilik…

Kalau p cameron tak beli strawberry macam tak lengkap pulak kan..

27
Mar
10

Masjid

Makin lama makin tak punya idea untuk bermadah bicara… ya Tuhan.. tenangkan jiwaku, lancarkan bicaraku, ringankan jari jemariku untuk terus berbicara tentang keAgunganMu..


23
Mar
10

For The Rest Of My Life

Dah lebih sebulan jadi suami orang. Walau berjauhan merentas laut cina selatan, terima kasih buat syarikat telekomunikasi dan teknologi kerana sentiasa merapatkan kami di talian. Syukur kepada Allah SWT yang menemukan kami, yang memberi kekuatan kepada kami, yang memberi rasa chinta dihati kami..
Mungkin aku tak pandai meluahkan isi hati bila bersemuka.. jadi, semoga lagu ini dapat meluahkan isi hati ini buat kamu wahai Isteri.
Walau lagu ini pada mulanya ditujukan pada aku dari Isteri, tak salah rasanya aku tujukan semula padanya kerana lirik lagu ini benar2 mewakili apa yang aku rasa.

Buat sahabat2, hayatilah lagu ini…

“For The Rest Of My Life,
I’ll Be With You,
I’ll Stay by Your Side,
Honest and True,
Till The End of My Time,
I’ll be Loving You..”
Insyallah…




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.