Archive for the 'Mulu' Category

17
May
11

Mulu trip ep. 6 (finally)

As-Salamualaikum…

Lama kan tak update.. nak kata busy sangat rasanya tak.. cuma kemalasan yang teramat akhir2 ni. dan lagi sebulan dua ni banyak travel antara miri dan KL. Tengah dalam proses perpindahan balik ke KL for good Insyallah.. :)

Back to the topic.. entry ni adalah yg terakhir untuk edisi Mulu Insyallah..

Sebelah petang pada hari ke-2 kami skali lagi menghayun kaki menjelajah bumi Mulu. Kali ni lebih jauh berjalan kaki.

Dari resort, kami dibawa ke HQ menggunakan van. Untuk ke HQ office kami kena seberang sungai. Jadi kena la seberangi guna jambatan gantung nii..

Di HQ tour guide dah tunggu.. :) sampai jer terus berjalan menuju ke dua lagi Gua untuk dijajah.. hehe
Penat pagi tu pun belum hilang, ni nak kena jalan lagi 30 to 40 minit… :-/

hmm.. lama sangat dah.. aku pun dah lupa nama guide kami kali nii…

Suasana hutan sepanjang perjalanan terasa mendamaikan.. redup diliputi aroma segar yang menyamankan.. sambil2 tu dapat la shoot apa yg patut.. :)
Siput ni aku tak pernah nampak.. maybe keluarga siput ‘babi’ cengkerang pendek kot.. hehhee

Ok… dah sampai… kejap jer kan…
yer laa.. kaki aku yg penatnya.. hoohohoo.. Rehat kejap kat sini sebelum melangkah masuk ke gua kat depan tuu..

Rasanya sama jer kot permandangan kat dalam gua Lang dengan angin dan air jernih yg aku cerita sebelum nii.. :)
dipendekkan cerita lepas jelajah gua lang kami lepak jap kat persimpangan antara gua lang dan gua rusa sebeluh meneruskan perjalanan ke gua rusa..

Next… kita ke gua yg terbesar di malaysia, gua rusa@payau (rusa dalam bahasa tempatan). Guide tu bagitu, dulu2 org tempatan selalu nampak rusa kat gua ni.. :)
berbeza dari gua2 sebelum ni, gua rusa agak berbau kerana ia menjadi habitat berjuta2 kelawar… Dah sampai kat dalam gua tuu.. brother guide tu cakap, kalo nak masuk ni kami mungkin akan terlepas untuk saksikan keajaiban alam melihat berjuta2 kelawar keluar dari pintu gua sebab hari dah agak lewat. Tapi kami teruskan juga masuk kedalam… bukan selalu dapat sampai kan…
Subhanallah… walaupun ber’bau’ keindahan gua itu tetap memukau.. kerana dapat menyaksikan keindahan gua bila melihat titisan2 ari dari bumbung gua disinari cahaya matahari…

Nasib kami baik…. dalam perjalanan keluar, dapat lihat kelawar lalu diatas kepala menuju ke pintu gua.. guide bawa kami ke satu kawasan di pintu gua untuk menyaksikan keajaiban alam itu.. :)
Kemudian kami teruskan perjalanan ke kawasan memerhati kelawar yang kami singgah awal tadi..

hmm.. dah penat. balik tdo dulu.. malam ada pertunjukan tradisional lagi :)

hari ketiga, seawal pagi kami mengadap sarapan dulu sebelum bergerak menuju Canopy Sky Walk..
Dengan menaiki tut2 kami menuju ke HQ sekali lagi. Sampai disana, guide yg sama ketika menjelajah gua rusa semalam telah sedia untuk membawa kami. Pejalalan kali ini sama seperti hari sebelum tapi kali ini jaraknya lebih dekat..
Lebih kurang 20minit perjalanan kami sampai di anak tangga untuk memanjat ke atas jambatan gantung.

Dalam perjalanan balik sempat la tembak apa yg patut… antaranya yg ni..

Guide ada pesan, kalau jalan tu jgan pegang “handreel” takut ada serangga berbisa dok merayap.. :)

Alhamdulillah.. selesai juga edisi Mulu aku.. kalau ada peluang, Insyallah.. nak repeat lagi.. cuma kali ni nak pergi sampai pinnacle :)

13
Mar
11

Mulu Trip Ep. 5

Salam…
Lama betul tertangguh episod Mulu trip ni… hari ni sambung balik. :)

Jadi, lepas masuk gua angin a.k.a wind cave, kami turun semula kat tempat boat landing. Rupanya, brother jokey boat dah beredar.. dia kata nak tunggu.. hampeh betol. Jadi tour guide suruh kami jalan ja. Nasib baik dekat ja.. dalam 10minit jalan ke kaki bukit nak ke pintu Lady Cave and Clear Water Cave.

risau sikit lalu jalan tu sebab plank yg dia bina bukan diatas tanah tetapi disanggar (betul ka aperkataan ni?) di dinding bukit batu kapur dan bawanya terus sungai di ketinggian 3-4 meter dari aras sungai.
Akhirnya sampai ke pelantar yg dibina ditepi sungai untuk santai sebelum memanjat tangga ke Clear Water Cave..

sampai kat situ boleh lepak jap.. sebab guide bgtau yg nak ke gu seterusnya, Lady Cave kena panjat tangga. tinggiiiiii… so sambil lepak tu shoot sikit..
jokey bot rupanya tunggu kat sini sebab kat sini penghujung sungai. Sungai tu rupanya bercantum dengan sungai dalam clear water cave..


wokey.. jom masuk gua …
nak p ke pintu lady cave kena panjat tangga..

ni baru separuh dari tinggi tangga tu . .
ni la Lady Cave.. lebey kurang ja..

kalo nak tau, ni la sebab gua ni diberi nama Lady Cave.. nampak tak bayang2 macam perempuan tuu yg terhasil dari bentuk salah satu batu staliktik (camana tah ejaannya).. pandai2 la imagine ek..

Seterusnya kami masuk ke gua air jernih a.k.a. Clear Water Cave.. Jernih betul air dalam tu. Kalo amik pakage extreme guide tu bgtau boleh masuk dalam air tu dan keluar ikut laluan air tu.. tp kena tunggu musim kemarau sebab musim hujan bahaya air banyak dan laju..


keluar dari Clear Water Cave, lepak jap kat area jokey dok tunggu tu.. makan n basah badan jap sebelum balik resort dan rehat sebelum sambung aktiviti petang pulak :)

bersambung lagi Insyallah.. ;)

20
Dec
10

Mulu Trip Ep.4

Ok.. sambung lagi..
kali ni trip start menjelajah gua aka cave.
pagi2 lagi dahh bangun.. kena awai sebab organizer dah remind that kul 730 trip start. Naik boat lagi wehhh…

ni ambil dari atas boat..

dalam 15minit dari resort, kami singgah kat HQ dulu.. kena check-in they said. Tp, sampai kat situ tak naik p opic pon, sebab tour guide (staff diorang) dah settlekan.. tunggu lama gak sebelum the tour guide sampai.. sib baik boat park bawah pokok2.. tak panas sangat laa..

Tapi, duk atas boat tu pun tak best gak.. kalo ada boat lain lalu mau terhuyung hayang gak atas boat tu..

Sebelum pg ke gua, tour guide bawa kami singgah ke satu perkampungan.. ada barang craft tangan dijual disitu.. price.. bley tahan gak.. rasanya kat Miri lagi lurah kot.. huhu



Ada auntie yg baik hati ni buat demo main seruling.. pakai hidung babe..

kemudia kami meneruskan perjalanan ke gua yang pertama, gua angin (wind cave)..
Landing time..

Ni la jalan nak naik ke gua angin.. tinggi gak nii…

ni pulak entrance gua angin.. kena tunggu kat sini lama gak sebab ada satu group lagi mat saleh yg join kami. tp, depa jalan kaki dari HQ…

ok.. sekarang kita masuk ke dalam gua pulak..

Berapa ratus or ribu tahun la batu ni terbentuk sampai sebegini rupa..

ok.. samapai disini dulu.. nanti sambung cerita lagi..

11
Dec
10

Mulu Trip Ep. 3

mmm. sambung lagi…

kalau nak tau, ni la bilik kami beradu untuk 2 malam disana.. luas betul.. rasanya kalo nak save, bleh sumbat dlam 6 org kalo gang2 bujang nak datang sini laaa… hehe


Malam pertama tu hujan.. pict ni diambil bila hujan dah mula reda… still ada air menitik dari daun2 pokok kat atas kepala.

ni la tempat kami dinner.. the food? sedapppp… ada grill ikan, kambing, daging.. lauk.. macam2 adaa.. hhehe kembung laaa pewut aku..

siap ada candle (pelita aku rasa lebih sesuai) . .

Sambil dinner layan life cultural performance.. sebenarnya deorang ni semua staff royal mulu.. ;)

mana lagi tempat nak tengok org penan main tarian singa kan… 1 m’sia is it?

aku lupa apa nama tarian nii.. tp, memang standard kat s’wak ni..

lastly, pengunjung diberi peluang menyumpit.. hehe.. sumpit belon sampai pecah.. 3kali jaa peluang seorang..

hmm…. banyak lagi nak crita.. sambung lagi k.. esok tu kami kena bangun awal. nak ke gua angin, gua perempuan (lady cave) dan gua air jernih (clear water cave)..




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.