Archive for the 'Nature Beauty' Category

08
Feb
12

Floral and Fauna

Still at the same location, Tasik Metropolitan Kepong. While shooting landscape i did interested with beautiful lotus grow in the lake. Unfortunately, there is no flower that “perfectly” grow. Maybe i need to visit this place again to seek for a better growing flower :)


i wish i have macro lens to capture this creature

15
Jul
11

Jeram di FRIM

Salam…
dah nak dekat sebulan tak update.. hehe.. sorry. alaaa.. tak ramai pun yg masuk sini pun kan.

Apapun, untuk memastikan ruang ini kekal wujud.. dengan bantuan member yg kerja dalam Frim, aku p menembak kat waterfall kat dalam tuu.. kalau pg sendiri, kena bayar kat pintu masuk tuu. pastu, nak mencari lokasi waterfall pun satu hal lg.. :)

Sampai sana pun dah lewat petang, jd shoot dekat waterfall yg paling dekat ngan jalan jer laa..
apa2 pun.. layan..






17
May
11

Mulu trip ep. 6 (finally)

As-Salamualaikum…

Lama kan tak update.. nak kata busy sangat rasanya tak.. cuma kemalasan yang teramat akhir2 ni. dan lagi sebulan dua ni banyak travel antara miri dan KL. Tengah dalam proses perpindahan balik ke KL for good Insyallah.. :)

Back to the topic.. entry ni adalah yg terakhir untuk edisi Mulu Insyallah..

Sebelah petang pada hari ke-2 kami skali lagi menghayun kaki menjelajah bumi Mulu. Kali ni lebih jauh berjalan kaki.

Dari resort, kami dibawa ke HQ menggunakan van. Untuk ke HQ office kami kena seberang sungai. Jadi kena la seberangi guna jambatan gantung nii..

Di HQ tour guide dah tunggu.. :) sampai jer terus berjalan menuju ke dua lagi Gua untuk dijajah.. hehe
Penat pagi tu pun belum hilang, ni nak kena jalan lagi 30 to 40 minit… :-/

hmm.. lama sangat dah.. aku pun dah lupa nama guide kami kali nii…

Suasana hutan sepanjang perjalanan terasa mendamaikan.. redup diliputi aroma segar yang menyamankan.. sambil2 tu dapat la shoot apa yg patut.. :)
Siput ni aku tak pernah nampak.. maybe keluarga siput ‘babi’ cengkerang pendek kot.. hehhee

Ok… dah sampai… kejap jer kan…
yer laa.. kaki aku yg penatnya.. hoohohoo.. Rehat kejap kat sini sebelum melangkah masuk ke gua kat depan tuu..

Rasanya sama jer kot permandangan kat dalam gua Lang dengan angin dan air jernih yg aku cerita sebelum nii.. :)
dipendekkan cerita lepas jelajah gua lang kami lepak jap kat persimpangan antara gua lang dan gua rusa sebeluh meneruskan perjalanan ke gua rusa..

Next… kita ke gua yg terbesar di malaysia, gua rusa@payau (rusa dalam bahasa tempatan). Guide tu bagitu, dulu2 org tempatan selalu nampak rusa kat gua ni.. :)
berbeza dari gua2 sebelum ni, gua rusa agak berbau kerana ia menjadi habitat berjuta2 kelawar… Dah sampai kat dalam gua tuu.. brother guide tu cakap, kalo nak masuk ni kami mungkin akan terlepas untuk saksikan keajaiban alam melihat berjuta2 kelawar keluar dari pintu gua sebab hari dah agak lewat. Tapi kami teruskan juga masuk kedalam… bukan selalu dapat sampai kan…
Subhanallah… walaupun ber’bau’ keindahan gua itu tetap memukau.. kerana dapat menyaksikan keindahan gua bila melihat titisan2 ari dari bumbung gua disinari cahaya matahari…

Nasib kami baik…. dalam perjalanan keluar, dapat lihat kelawar lalu diatas kepala menuju ke pintu gua.. guide bawa kami ke satu kawasan di pintu gua untuk menyaksikan keajaiban alam itu.. :)
Kemudian kami teruskan perjalanan ke kawasan memerhati kelawar yang kami singgah awal tadi..

hmm.. dah penat. balik tdo dulu.. malam ada pertunjukan tradisional lagi :)

hari ketiga, seawal pagi kami mengadap sarapan dulu sebelum bergerak menuju Canopy Sky Walk..
Dengan menaiki tut2 kami menuju ke HQ sekali lagi. Sampai disana, guide yg sama ketika menjelajah gua rusa semalam telah sedia untuk membawa kami. Pejalalan kali ini sama seperti hari sebelum tapi kali ini jaraknya lebih dekat..
Lebih kurang 20minit perjalanan kami sampai di anak tangga untuk memanjat ke atas jambatan gantung.

Dalam perjalanan balik sempat la tembak apa yg patut… antaranya yg ni..

Guide ada pesan, kalau jalan tu jgan pegang “handreel” takut ada serangga berbisa dok merayap.. :)

Alhamdulillah.. selesai juga edisi Mulu aku.. kalau ada peluang, Insyallah.. nak repeat lagi.. cuma kali ni nak pergi sampai pinnacle :)

13
Mar
11

Mulu Trip Ep. 5

Salam…
Lama betul tertangguh episod Mulu trip ni… hari ni sambung balik. :)

Jadi, lepas masuk gua angin a.k.a wind cave, kami turun semula kat tempat boat landing. Rupanya, brother jokey boat dah beredar.. dia kata nak tunggu.. hampeh betol. Jadi tour guide suruh kami jalan ja. Nasib baik dekat ja.. dalam 10minit jalan ke kaki bukit nak ke pintu Lady Cave and Clear Water Cave.

risau sikit lalu jalan tu sebab plank yg dia bina bukan diatas tanah tetapi disanggar (betul ka aperkataan ni?) di dinding bukit batu kapur dan bawanya terus sungai di ketinggian 3-4 meter dari aras sungai.
Akhirnya sampai ke pelantar yg dibina ditepi sungai untuk santai sebelum memanjat tangga ke Clear Water Cave..

sampai kat situ boleh lepak jap.. sebab guide bgtau yg nak ke gu seterusnya, Lady Cave kena panjat tangga. tinggiiiiii… so sambil lepak tu shoot sikit..
jokey bot rupanya tunggu kat sini sebab kat sini penghujung sungai. Sungai tu rupanya bercantum dengan sungai dalam clear water cave..


wokey.. jom masuk gua …
nak p ke pintu lady cave kena panjat tangga..

ni baru separuh dari tinggi tangga tu . .
ni la Lady Cave.. lebey kurang ja..

kalo nak tau, ni la sebab gua ni diberi nama Lady Cave.. nampak tak bayang2 macam perempuan tuu yg terhasil dari bentuk salah satu batu staliktik (camana tah ejaannya).. pandai2 la imagine ek..

Seterusnya kami masuk ke gua air jernih a.k.a. Clear Water Cave.. Jernih betul air dalam tu. Kalo amik pakage extreme guide tu bgtau boleh masuk dalam air tu dan keluar ikut laluan air tu.. tp kena tunggu musim kemarau sebab musim hujan bahaya air banyak dan laju..


keluar dari Clear Water Cave, lepak jap kat area jokey dok tunggu tu.. makan n basah badan jap sebelum balik resort dan rehat sebelum sambung aktiviti petang pulak :)

bersambung lagi Insyallah.. ;)

16
Feb
11

salam maulidurrasul

salam.. lama betul x update noo..
biasala.. bz hehe

20
Dec
10

Mulu Trip Ep.4

Ok.. sambung lagi..
kali ni trip start menjelajah gua aka cave.
pagi2 lagi dahh bangun.. kena awai sebab organizer dah remind that kul 730 trip start. Naik boat lagi wehhh…

ni ambil dari atas boat..

dalam 15minit dari resort, kami singgah kat HQ dulu.. kena check-in they said. Tp, sampai kat situ tak naik p opic pon, sebab tour guide (staff diorang) dah settlekan.. tunggu lama gak sebelum the tour guide sampai.. sib baik boat park bawah pokok2.. tak panas sangat laa..

Tapi, duk atas boat tu pun tak best gak.. kalo ada boat lain lalu mau terhuyung hayang gak atas boat tu..

Sebelum pg ke gua, tour guide bawa kami singgah ke satu perkampungan.. ada barang craft tangan dijual disitu.. price.. bley tahan gak.. rasanya kat Miri lagi lurah kot.. huhu



Ada auntie yg baik hati ni buat demo main seruling.. pakai hidung babe..

kemudia kami meneruskan perjalanan ke gua yang pertama, gua angin (wind cave)..
Landing time..

Ni la jalan nak naik ke gua angin.. tinggi gak nii…

ni pulak entrance gua angin.. kena tunggu kat sini lama gak sebab ada satu group lagi mat saleh yg join kami. tp, depa jalan kaki dari HQ…

ok.. sekarang kita masuk ke dalam gua pulak..

Berapa ratus or ribu tahun la batu ni terbentuk sampai sebegini rupa..

ok.. samapai disini dulu.. nanti sambung cerita lagi..

11
Dec
10

Mulu Trip Ep. 3

mmm. sambung lagi…

kalau nak tau, ni la bilik kami beradu untuk 2 malam disana.. luas betul.. rasanya kalo nak save, bleh sumbat dlam 6 org kalo gang2 bujang nak datang sini laaa… hehe


Malam pertama tu hujan.. pict ni diambil bila hujan dah mula reda… still ada air menitik dari daun2 pokok kat atas kepala.

ni la tempat kami dinner.. the food? sedapppp… ada grill ikan, kambing, daging.. lauk.. macam2 adaa.. hhehe kembung laaa pewut aku..

siap ada candle (pelita aku rasa lebih sesuai) . .

Sambil dinner layan life cultural performance.. sebenarnya deorang ni semua staff royal mulu.. ;)

mana lagi tempat nak tengok org penan main tarian singa kan… 1 m’sia is it?

aku lupa apa nama tarian nii.. tp, memang standard kat s’wak ni..

lastly, pengunjung diberi peluang menyumpit.. hehe.. sumpit belon sampai pecah.. 3kali jaa peluang seorang..

hmm…. banyak lagi nak crita.. sambung lagi k.. esok tu kami kena bangun awal. nak ke gua angin, gua perempuan (lady cave) dan gua air jernih (clear water cave)..

09
Dec
10

Mulu Trip Ep. 2

Sambungan . . . hehe

ni view kat jetty nak p umah penan.. jambatan tu la yg driver tu bawak kami lalu nak masuk resort..
ni sebelum nak p ke rumah penan..

dari pemerhatian aku, bot merupakan pengangkutan utama di sini.. tp, aku tak tau la mana diorang ni dapat minyak.. mesti mahal kat sini rasanya..

ni la uncle yg bawa kami tour sungai.. nak p umah penan. dia kata sungai ni ada buaya.. arus deras lak tuu..


Yang aku mushkil pasal apa uncle tu tak park boat dia depan umah penan tu jerr.. tp, dia park depan sikit, jadi terpaksalah kami berdua berjinjing tangan melalui jalan nii.. :) . Munkin sebab ujan, jalan ni agak licin. hati2..

ni la umah penan itu.. mula ingatkan sebiji2, rupanya rumah panjang diorang agak terkebelakang.. yg tepi sungai tu sebenarnya stor2 diorang.. tak pasti la kalo dalam sebijik2 umah (stor) tu ada yg orang tinggal..

Bersambung lagi..

05
Dec
10

Mulu Trip Ep. 1

Salam…

Mulu.. back to nature.. :)

Dah dekat lima tahun aku sesat di Miri.. memang dah dari awal aku jejak ke Miri aku dah pasang niat nak menyesatkan diri ke Mulu. Alhamdulillah… dapat juga akhirnya hehe..
Buat kawan2 yg teringin.. silakan.. memang puas hati layan keindahan alam.. 3D2N memang tak cukup.. Letih? mana ada pengembaraan tak letih kan.. tp, segalanya berbaloi..
Layan gambo2 aku capture dalam perjalanan dulu …. tak sempat nak upload pict lain dulu..

Kalau nak tau, ada 2 cara boleh sampai ke Mulu samada melalui jalan air atau Udara.. kalo nak venture, ikut air laa.. mau makan sehari suntuk nak sampai.. ;)
aku?… tengok tiket laa.. haha

Ramai gak orang hari tu.. ada satu rombongan dari Herbalife..

Layan view dari tempat tinggi.. tak dapat capture banyak sebab awan tebal sepanjang penerbangan. Sign pasang tali pinggang pun tak padam2 dari awal sampai mendarat… huhu..
rugi tak dapat minum air kotak free.. ngehehe

ni la lapangan terobang Mulu (MZV)… kalau aiport lain tak dapat nak amik pict nih.. kat belakang tu la pesawat terbang yg menumpangkan kami, ATR 72-500..

kaedah pengendalian bagasi yang unik.. tapi sesuai untuk jumlah penumpang yg sedikit dan jumlah penerbangan yg ala kadar dalam sehari.. tp, bangunan terminalnya agak menarik dan cantik.. :) cuma surau yg agak tidak terurus. Mungkin kerana kurangnya pengguna memandangkan penduduk setempat bukan berugama Islam..

Nak sampai dah.. hehe

ni la tempat kami bermalam…

Pict lain… ? tunggu la ek.. penat.. nak tido dulu.. esok kereja..
gudnite.. :)

28
Nov
10

pelangi petang

mm.. tak tau nak describe dah.. cuma yg pasti petang tu ingat nak lepak layan tepi sungi sambil shoot kapal2 yg berlabuh dan bot2 kecil pulang.. sekali ada bonus menanti.. :)
layanzzz…






Follow

Get every new post delivered to your Inbox.