Archive for the 'photography' Category

08
Feb
12

Floral and Fauna

Still at the same location, Tasik Metropolitan Kepong. While shooting landscape i did interested with beautiful lotus grow in the lake. Unfortunately, there is no flower that “perfectly” grow. Maybe i need to visit this place again to seek for a better growing flower :)


i wish i have macro lens to capture this creature

30
Jan
12

my Princess

Hmmm.. another entry about my lovely princess. This photo was took at her age 2 month.

26
Jun
11

Putrajaya

Salam pagi ahad.. pagi minggu ni apa nak buat ek..
Tunggu wife siap jap .. pas ni dah janji nak bawa dia g Ikea.. semalam p lewat dah.. tak sempat nak ushar lebih2 hehehe

hmm.. back to the topic…
dah lama aku teringin nak shoot kat sini. tp, laut cina selatan menjadi penghalang.. hohoohoooo…
apa pun, 2 minggu lepas p amik wife kat aiport mas.. jadi, sengaja keluar awai sikit. singgah Putrajaya jap..
Tak berapa tau jalan kat area tu, surf kat GPS, dia bawa pi ke area cruiser tasik putajaya.. munkin sebab malam tu ada konsert final AF tak ramai orang area tuu..

Apapun, tempat tu agak menarik dengan kombinasi tasik dan bangunan2 yg unik (masjid, KPM n jambatan. Tapi, sebab agak lewat sampai… langit gelap sangat. Maybe lepas ni nak kena repeat lepas magrib kot…
jom…. :)

hmm.. jom g Ikea..
agak2 kalo shoot dalam IKEA depa marah tak? hehhee

17
May
11

Mulu trip ep. 6 (finally)

As-Salamualaikum…

Lama kan tak update.. nak kata busy sangat rasanya tak.. cuma kemalasan yang teramat akhir2 ni. dan lagi sebulan dua ni banyak travel antara miri dan KL. Tengah dalam proses perpindahan balik ke KL for good Insyallah.. :)

Back to the topic.. entry ni adalah yg terakhir untuk edisi Mulu Insyallah..

Sebelah petang pada hari ke-2 kami skali lagi menghayun kaki menjelajah bumi Mulu. Kali ni lebih jauh berjalan kaki.

Dari resort, kami dibawa ke HQ menggunakan van. Untuk ke HQ office kami kena seberang sungai. Jadi kena la seberangi guna jambatan gantung nii..

Di HQ tour guide dah tunggu.. :) sampai jer terus berjalan menuju ke dua lagi Gua untuk dijajah.. hehe
Penat pagi tu pun belum hilang, ni nak kena jalan lagi 30 to 40 minit… :-/

hmm.. lama sangat dah.. aku pun dah lupa nama guide kami kali nii…

Suasana hutan sepanjang perjalanan terasa mendamaikan.. redup diliputi aroma segar yang menyamankan.. sambil2 tu dapat la shoot apa yg patut.. :)
Siput ni aku tak pernah nampak.. maybe keluarga siput ‘babi’ cengkerang pendek kot.. hehhee

Ok… dah sampai… kejap jer kan…
yer laa.. kaki aku yg penatnya.. hoohohoo.. Rehat kejap kat sini sebelum melangkah masuk ke gua kat depan tuu..

Rasanya sama jer kot permandangan kat dalam gua Lang dengan angin dan air jernih yg aku cerita sebelum nii.. :)
dipendekkan cerita lepas jelajah gua lang kami lepak jap kat persimpangan antara gua lang dan gua rusa sebeluh meneruskan perjalanan ke gua rusa..

Next… kita ke gua yg terbesar di malaysia, gua rusa@payau (rusa dalam bahasa tempatan). Guide tu bagitu, dulu2 org tempatan selalu nampak rusa kat gua ni.. :)
berbeza dari gua2 sebelum ni, gua rusa agak berbau kerana ia menjadi habitat berjuta2 kelawar… Dah sampai kat dalam gua tuu.. brother guide tu cakap, kalo nak masuk ni kami mungkin akan terlepas untuk saksikan keajaiban alam melihat berjuta2 kelawar keluar dari pintu gua sebab hari dah agak lewat. Tapi kami teruskan juga masuk kedalam… bukan selalu dapat sampai kan…
Subhanallah… walaupun ber’bau’ keindahan gua itu tetap memukau.. kerana dapat menyaksikan keindahan gua bila melihat titisan2 ari dari bumbung gua disinari cahaya matahari…

Nasib kami baik…. dalam perjalanan keluar, dapat lihat kelawar lalu diatas kepala menuju ke pintu gua.. guide bawa kami ke satu kawasan di pintu gua untuk menyaksikan keajaiban alam itu.. :)
Kemudian kami teruskan perjalanan ke kawasan memerhati kelawar yang kami singgah awal tadi..

hmm.. dah penat. balik tdo dulu.. malam ada pertunjukan tradisional lagi :)

hari ketiga, seawal pagi kami mengadap sarapan dulu sebelum bergerak menuju Canopy Sky Walk..
Dengan menaiki tut2 kami menuju ke HQ sekali lagi. Sampai disana, guide yg sama ketika menjelajah gua rusa semalam telah sedia untuk membawa kami. Pejalalan kali ini sama seperti hari sebelum tapi kali ini jaraknya lebih dekat..
Lebih kurang 20minit perjalanan kami sampai di anak tangga untuk memanjat ke atas jambatan gantung.

Dalam perjalanan balik sempat la tembak apa yg patut… antaranya yg ni..

Guide ada pesan, kalau jalan tu jgan pegang “handreel” takut ada serangga berbisa dok merayap.. :)

Alhamdulillah.. selesai juga edisi Mulu aku.. kalau ada peluang, Insyallah.. nak repeat lagi.. cuma kali ni nak pergi sampai pinnacle :)

16
Feb
11

salam maulidurrasul

salam.. lama betul x update noo..
biasala.. bz hehe

11
Dec
10

Mulu Trip Ep. 3

mmm. sambung lagi…

kalau nak tau, ni la bilik kami beradu untuk 2 malam disana.. luas betul.. rasanya kalo nak save, bleh sumbat dlam 6 org kalo gang2 bujang nak datang sini laaa… hehe


Malam pertama tu hujan.. pict ni diambil bila hujan dah mula reda… still ada air menitik dari daun2 pokok kat atas kepala.

ni la tempat kami dinner.. the food? sedapppp… ada grill ikan, kambing, daging.. lauk.. macam2 adaa.. hhehe kembung laaa pewut aku..

siap ada candle (pelita aku rasa lebih sesuai) . .

Sambil dinner layan life cultural performance.. sebenarnya deorang ni semua staff royal mulu.. ;)

mana lagi tempat nak tengok org penan main tarian singa kan… 1 m’sia is it?

aku lupa apa nama tarian nii.. tp, memang standard kat s’wak ni..

lastly, pengunjung diberi peluang menyumpit.. hehe.. sumpit belon sampai pecah.. 3kali jaa peluang seorang..

hmm…. banyak lagi nak crita.. sambung lagi k.. esok tu kami kena bangun awal. nak ke gua angin, gua perempuan (lady cave) dan gua air jernih (clear water cave)..

09
Dec
10

Mulu Trip Ep. 2

Sambungan . . . hehe

ni view kat jetty nak p umah penan.. jambatan tu la yg driver tu bawak kami lalu nak masuk resort..
ni sebelum nak p ke rumah penan..

dari pemerhatian aku, bot merupakan pengangkutan utama di sini.. tp, aku tak tau la mana diorang ni dapat minyak.. mesti mahal kat sini rasanya..

ni la uncle yg bawa kami tour sungai.. nak p umah penan. dia kata sungai ni ada buaya.. arus deras lak tuu..


Yang aku mushkil pasal apa uncle tu tak park boat dia depan umah penan tu jerr.. tp, dia park depan sikit, jadi terpaksalah kami berdua berjinjing tangan melalui jalan nii.. :) . Munkin sebab ujan, jalan ni agak licin. hati2..

ni la umah penan itu.. mula ingatkan sebiji2, rupanya rumah panjang diorang agak terkebelakang.. yg tepi sungai tu sebenarnya stor2 diorang.. tak pasti la kalo dalam sebijik2 umah (stor) tu ada yg orang tinggal..

Bersambung lagi..

28
Nov
10

pelangi petang

mm.. tak tau nak describe dah.. cuma yg pasti petang tu ingat nak lepak layan tepi sungi sambil shoot kapal2 yg berlabuh dan bot2 kecil pulang.. sekali ada bonus menanti.. :)
layanzzz…



15
Nov
10

Salam Aidiladha

Selamat menyambut Aidiladha..
Semoga Dia menerima ibadah saudara2 kita di Tanah Haram.. amin.
Tahun ni buat kali ke-3 beraya di Miri Sarawak. Kali pertama dek kerana pergi keLaut tahun 2005 kalau tak silap.. Kali ke-2 tahun lepas. Nak balik sebab cuti tak ngam.. alih2 menyesatkan diri ke Kuching bersama member2 seSemenanjung.. Tahun ni.. hmmm.. coti tak kena tempat… nak amik cuti pon mcm tak berbaloi. Tapi, 2 kali sebelum ni tak kisah sgt la sebab masih solo.. tahun ni… huhu… tahan2.. hahha
Takpa.. ujung bulan owang umah datang jaga makan pakai.. ngehehee
Apa2 pun, buat sahabat handai saudara mara kawan2… Selamat menyambut AidilAdha.. Jangan lupa gi solat sunat Aidiladha.. pastu pi la tulun2 orang perebah lembu.. :)

these pict were capture few week ago. i’m not lucky while arrive there as the cloud covered the sun. However, panorama after sunset wasn’t bad. Few group of teenager seem have fun with their mini surfboard. Playing di gigi ombak…



11
Nov
10

Disebuah daerah

alkisah.. disebuah daerah tinggallah suatu masyarakat yg aman damai. Tetapi dikalangan mereka terdapat beberapa lapisan masyarakat berasaskan harta milik mereka. Terdapat satu sahaja kedai barang runcit terletak betul2 di tengah daerah pedalaman itu. Kedai itu dimiliki oleh segolongan bangsawan yg mendakwa mereka sering membela nasib rakyat. Oleh kerana tiadanya kedai lain di daerah itu, maka kesemua aktiviti jual beli dilakukan disitu. Para bangsawan yang memiliki kedai itu bebas menentukan peraturan jual beli. Menentukan harga barangan walau produk yang dihasilkan adalah dari penduduk daerah itu sendiri. Setiap barang dikenakan cukai. Kononnya untuk membina kedai yang lebih selesa pengguna.
Di bahagian selatan daerah tersebut, tinggallah sekelumpuk rakyat yang menyokong tindakan para bangsawan itu. Mereka bukanlah pemegang saham kedai tersebut.Mereka hanyalah golongan yang membayar untuk memiliki keahlian pengguna kedai tersebut. Setiap barangan yang dibeli mereka, akan diberi potongan atas dasar keahlian. Setiap barang hasil titik peluh mereka akan diberi keutamaan untuk dipasarkan di kedai tersebut. Bergembiralah mereka dengan keuntungan yang sedikit itu.
Dibahagian utara daerah tersebut pula, tinggallah golongan yang kurang berpuas hati dengan tindakan golongan bangsawan tersebut yg disifatkan mereka berat sebelah. Bagi mereka, tidak patut golongan bangsawan menentukan harga barangan secara bebas. Mereka sentiasa memerhatikan gerak laku golongan bangsawan itu. Mereka sentiasa mempertikaikan kemana hasil jualan yg menguntungkan itu kera prasarana kedai masih ditakuk lama. mereka mengharapkan jalan2 yang lebih baik dibina bagi menghubungkan tempat tinggal mereka dengan kedai tersebut.
Akhirnya pihak bangsawan bersetuju membina jalan yang lebih baik. Namun setelah siap pembinaannya, golongan bangsawan telah mengenakan cas keatas setiap pengguna jalan tersebut. Alasanya adalah untuk menampung kos pembaikpulihan jalan tersebut. Disebabkan tiada pilihan dan mahukan keamanan sentiasa terpelihara maka sekalian rakyat dengan berat hati merelakannya.
Namun, pada suatu hari timbullah satu golongan masyarakat yang sudah muak dengan sikap bangsawan2 tersebut. Meraka telah berhempas pulas mengumpulkan dana bagi membina satu lagi kedai baru bersebelahan dengan kedai bangsawan2 tersebut. Maka tersentaklah rakyat jelata. Terbukalah mata dan telinga mereka.
Pada mulanya, rakyat agak ragu2 untuk membeli di kedai tersebut dek kerana bimbangkan kualiti barangan yang dipasarkan. Namun setelah beberapa kali mencuba, mereka dapati kualiti barangan tidaklah berbeza kerana bahan mentah yang di gunakan adalah sama dari daerah itu. Akhirnya, rakyat jelata mula bijak memilih kerana kini mereka mempunyai alternatif lain bagi barangan harian mereka. kedai mana yang menawarkan harga yang menarik akan dapat menjual produk mereka. Namun ada juga golongan rakyat yg telah sebati dengan kedai lama terus memilih untuk tidak membeli dikedai yang baru. Begitu juga bagi rakyat yang muak dengan tipu helah kedai lama telah beralih sepenuhnya bagi membantu menaikkan kedai baru.
Disebabkan telah kehilangan ramai pengguna, golongan bangsawan terpaksa berhati2 memilih strategi pemasaran. Mereka mula menawarkan harga barangan yang murah hinggakan tidak sanggup dilakukan oleh pihak kedai yang baru. Bagi golongan bangsawan tersebut, biarlah mereka kurang pendapatan asalkan dapat memastikan pesaing mereka kehilangan pendapatan. Namun, disebabkan pihak kedai yang baru sudah biasa hidup melarat, segala tindakan golongan bangsawan tidak memberikaesan. Yang paling bahagia adalah pengguna. Mereka kini dapat menikmati barangan yang lebih murah dan berkualiti.
Akhirnya, bertambah makmurlah daerah itu.




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.