Archive for the 'Uncategorized' Category

25
Jan
12

Introducing

Salam..
Lama betul tak update kan. Macam2 hal.. Tetapi yang pasti kerana kemalasan untuk memetik butang tembak menybabkan tak ada hasil buruan baru.

Sekarang dah masuk 2012.. dah masuk tahun baru.. azam mesti pasang baru kan. Munkin kali ni azam baru nak menghidupkan kembali blog buruk aku ni. Mungkin lepas ni banyak gambar model genit aku…

untuk entry pertama ni aku dengan berbesar hati nak mempekenalkan model terbaru aku merangkap puteri kesayangan aku yang dengan izinNYA dilahirkan pada 21-11-2011 :)

08
Jun
11

Cuti Sekolah yang memenatkan..

Salam…

Penat kan bila tiba musim cuti sekolah.. :) tapi buat budak2 sekolah seronok laa.. dapat bebas dari jadual belajar. Bagi kita yg dah “dewasa” ni penat ooo…
Duit pun boleh tahan laju keluar. Ni belum ada anak lagi, kalo dah ada 2-3 orang nanti camana la kan.. Apa pun semua tu bergantung pada diri sendiri la.. kalo dah tak habiskan duit gaji tu buat keluarga nak abiskan kat sapa lagi kan..

Mula saja masuk cuti hari tu dah kena travel balik kedah, adik aku bertunang laa.. naik keta… lama dah rasanya tak drive jauh cam ni.. sampai tol pun aku tak tau berapa.. sekali sampai kat tol Ipoh (berenti tido umah makSu) masuk lorong TnG.. sekali tak cukup baki daa.. Nasib baik xda org kat belakang..huhu..

Sampai jer kat Kedah esok paginya.. pengsan sampai petang laa..

Dah alang2 sampai Kedah, boleh la melepak depan Masjid Zahir kan.. sempat la shoot sekeping 2.. tp, 3 keping jer la aku tampal sini.

Rupanya kenderaan awam ini masih wujud di ibu negeri jelapang padi ini.. entah berapa tambangnya kan. Kadang2 buat aku terfikir kenapa tidak gunakan motorsikal yg diubah suai menjadi beca. Kesihan betul aku tengok pakcik2 yg tua nak mengayuh dengan pulangan yg entah berapa sahaja..

01
Aug
10

Wong Fei Hong berugama Islam??

Salam…

hmm.. rupanya banyak yg kita tak tau. kenyataan bagi tajuk entry aku hari ni kerana aku ada terbaca satu blog ni:
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

Aku agak yakin dengan pernyatan yg diutarakan oleh penulis blog ini. Memang aku akui aku ni antara peminat cerita2 kung fu china. Bila aku ingati balik cerita2 yg pernah aku tengok tentang “wong Fei Hong” ni, ada beberapa perkara yg membuatkan aku percaya dengan kenyataan penulis blog ini antaranya:
- Semua filem berkaitan “wong Fei Hong” adalah berkisarkan ketokohan beliau dan kemahiran seni bela diri beliau. Tiada langsung cerita tentang Agama yg dianuti beliau.
- Tak pernah aku tengok dalam cerita beliau ada patung atau sembahan penganut budha.
Tetapi, sejauh mana kebenaran kenyataan penulis blog itu tak dapat dipastikan kerana tiada bukti2 sahih yg lampirkan.
Namun jika benar dakwaan penulis blog tersebut, Subhanallah.. agungnya Islam. Dan aku percaya ianya adalah benar kerana memang Islam suatu masa dahulu amat mashur. Hinggakan Adolf Hitler pun menyanjungi kehebatan Islam.
Persoaalannya sekarang.. apa yang sudah berlaku didalam dunia Islam kita sekarang. Tak guna kita menyalahkan sesiapa selagi kita tak bersatu membina ummah yang bersatu padu.Bersatu bukan sahaja bermaksud dari segi fahaman politik.. bagi aku yang paling utama adalah dari segi ekonomi.
Sebagai muslim, kita tahu yang perpaduan umat Islam bermula dari keluarga.. Didalam masyarakat pula, pusat perpaduan umat Islam adalah Masjid. Aku percaya, pusat ekonomi umat Islam bermula dimasjid.


Ni nama dia teksi air.. untuk kemudahan urang seberang sana nak ke BSB (Bandar Seri Begawan)

27
Jul
10

Email paling Lawak… haha

Salam…
ni la ayat2 dari seorang yg bergelar Manager…

Dear ALL,

It saddens me that the staff in MDO are not supporting the efforts that I have introduced in this office. It is either a deliberate attempt to undermine my position or just selfish attitude of individuals or resistant to improvements for personal gains.

There is also a lot of politicking taking place within “groups”, with each group not cooperating with others, even though they are required to do so in their jobs. This has become so blatant that it is becoming to affect productivity and efficiency in our deliverables.

A lot of effort has been done for improvements in MDO, including the Friday morning talk, which amongst others is to train our staff in presentation and public speaking in English, to get everybody together to strengthen the bond between the staff of different department and sharing of issues and work elements. However, such efforts have COLDLY accepted by various individuals. I believe these individuals have their own reasons for such responses.

Then there is the question of collection of fund. It was mentioned that the fund will be collected based on the amount specified, on voluntary basis, once a month. It was also mentioned that the fund will be used to provide refreshments (food and drink) once a month after the Friday talk, namely the first week after collection has been made (if the VOLUNTARY fund is paid within the first week). In exceptional cases where we celebrate an event, like a farewell or welcome event, then we have a small MAKAN, usually such fund came from myself and my partner in crime Shaiful Mahmud . Dona and Nurbaya are only agents for the collection. They do not spend or allow to spend this fund except during the above functions. Therefore, they should not be subjected to abuses nor should they be scolded. If one had paid attention to what was said during the Friday talk, then the question on when refreshments are available should not have been raised. The reason why we are having refreshments tomorrow is to celebrate an event, which was raised up by Hestie to me, which I am sorry I overlook, to bade farewell to Yunizar. In a related event, Faridah in her own way, is having a separate arrangement to take her own HR staff for a private farewell dinner. The whole scenario above has been blown out of proportion which hurts the feelings of several staff to the extent that it creates mistrusts and bad blood.

Nonetheless I have been encouraged with the support of some of the staff and to date I have been opened to feedbacks, suggestions and recommendations, even criticisms. To them I wish to express my gratitude. To the others, I suggest that you look beyond yourself for the interest of the company and your fellow staff. That way we are able to work as a team, without resorting to politicking or hurting the feelings of others, to achieve a common goal.

Regards.

Jawapan dari aku… andai email ini ditujukan secara tak langsung kepada aku..

Bos… u’r the bos.. mana mungkin aku nak menjatuhkan kau. Bukan bermaksud nak melawan kau.. Tetapi, adakah patut kau membelakangi pandangan kami para pekerja dalam memutuskan sesuatu. Opic ni bukan kau yang punya. kau makan gaji.. aku pun makan gaji. Lainla kalau Ir. Rozali (share holder terbesar)yang bagi instruction.
Kau wakil kami. Kami bukan kuli kau.. kita sama2 makan gaji.. kau hormati pandangan kami, kami hormati keputusan kau. Jika kau rasa aku bersalah, kenapa tak panggil aku untuk beri penjelasan.. kita bersemuka.. dimana letaknya keadilan kau jika kau menghukum aku bersalah tanpa usul periksa.
Bos, Aku manusia kau juga manusia.. mana ada manusia didunia ini hari ini yang tak berdosa.. Andai aku bersalah nyatakan kesalahan aku. Jika betul aku bersalah, Insyallah.. dapat aku pohon kemaafan. Tuhan pun dah kata.. sebelum dia ampunkan dosa kita, kita kena dapatkan kemaafan dari siapa yg kita sakiti. Tapi, bagaimana aku nak minta maaf kalau aku pun tak tahu apa kesalahan aku.
Bos, persoalannya disini… siapa perlu minta maaf pada siapa.. andai tidak bersemuka.. bagaimana nak bermaafan. Bos, persoalanya disini.. siapa yg perlu dahulu mulakan perbicaraan ini.. bagaimana aku nak mula jika aku tak tahu aku bersalah..
Bos, jika benar ada sifat ke’puak’kan dikalangan kita.. siapa yang perlu membanterasnya.. bagi aku semua yang ada di ‘opic’ hari ini kawan2 aku.. jadi sebagai kawan salahkah aku tegur dimana salahnya.. Jika ada yang aku ter’salah’ kenapa tidak kau tegur aku. Rasulullah pun suruh kita saling tegur menegur… sebab apa? kerana kita semua tak sunyi dari kesilapan kan..
Satu lagi bos, pasal makan yang ko cakap come from u and ur partner in crime tu.. cuba ko tanya staff yang lain. Sebelum kau masuk, bukan kami tak pernah buat makan2 kalau ada kawan2 kami yang terlebih dahulu mengorak langkah ketempat lain.. cuba kau tanya dari mana datangnya sumber kewangan kami sebelum kau datang.. cuba kau tanya bagaimana mewahnya hidangan makanan kami pada waktu itu.. cuba kau tanya bagaimana kami mnguruskannya.. bukan aku tak berterima kasih dengan sumbangan kau itu. Cuma bila dah kau nak sponser.. buat apa kami nak keluarkan duit kecil kami ini. Bukan kami persoalkan duit tabung.. tp kami persoalkan bagaimana ia digunakan. Dimana letaknya ketelusan dalam perbelanjaan wang tabung kami itu. Semua ini kami persooalkan bukan suka2. Tapi atas sebab pengalaman lampau kami…

Jadi bos.. andai kau tersesat ke blog aku ni.. pikir2kan lah.. munkin ayat aku agak keras.. tapi.. kenapa? adakah aku yg mulakannya dahulu… bukankah kau sendiri yg melontarkan tuduhan kepada pekerja dahulu…

24
Jul
10

Hati PANAS

Salam…

mm.. dah lama rasanya aku tak naik angin.. lately bnyak benda2 di opic yg buat kesabaran aku tercabar.. Khamis lepas ia menhampiri kemuncak. Bermula dengan sedikit salah faham dengan security boss.

kisahnya.. setiap bulan kami dengan rela hati menderma untuk tabung kabajikan staff.. bagusla.. untuk gunakn bila nak buat ‘makan2′ pagi jumaat lepas friday talk awal bulan dan bila ada gathering dan farewell.. Cuma aku suarakan kenapa tak bgtau kat staff bila2 nak buat at least a day before kalo ada farewell kan. Jadi takda la staff pegi breakfast dulu esok harinyakan.. cuba bayangkan, kalau staff dah p makan.. tak ker membazir atau kalao staff duk harap ada makan, tiba2 takda.. tak ker berlapar nak tunggu lunch.

Kisah lagi.. ayat dari pn security “Ooo.. duit collection tu nanti bila bulan puasa kita bleh pakai untuk buat majlis bebuka grand sikit.. ” Dah jadi kebiasaan, company akan adakan jamuan berbuka jika ada ada budjet (biasanya ada laa.. cuma tahun ni ekonomi tak memberangsangkan sikit. maybe..). Jadi, dengan jelas dan terang aku membantah.. hehehe… sekali pn security p report kat Boss daa… aku peduli apa.. itu duit aku jugak.. ingatkan dah settle. sekali buka email esok dapat email panjang dari boss buat semua staff.. (nanti aku copy email tu letak sini) the email seolah2 mnyatakan aku yg bersalah walaupun tidak secara langsung, boleh dikatakan semua yg jadi saksi salah faham tuu kata email tu memang secara tak langsung sebab kes aku.. wakaka.. Yang aku bengang.. sebagai boss, dia sepatutnya panggil aku.. tanya. Jangan dengar dari sebelah pihak saja… Hmm.. lantak pi lah..

Satu lagi kesah.. “Starting this week for security reason, sesapa nak masuk opic during weekend kena apply apply dulu. Than kita akan activate entrance pass dia untuk enter the opic”. (Nak secure apa tah..) Ok lah..aku apply.. Semalam… “ok, ur application dah approve.. esok u may enter the office” Harini .. aper kejadah aku nak masuk tak boleh “Ooo.. our IT xda nak activate ur card.. ” Than, tak perlu la apply the rule tu dulu kan.. Next week bila everything dah properly set-up baru la laksanakan..
ps: sib baik tak pecah pintu opic aku “ketok” tadi..

Hmm.. Ya Allah, kurnikanlah kesabaran kepada ku..
layan gambar dulu la ek..


21
Jul
10

Medan LAgi Daaa…

Hmm.. lagi entry bawa balik dari Medan..

yup, betul cik azurachan… mengikut cerita orang tempatan, nama tasik toba diberi atas dasar bagi memperingati lagenda seorang budak yang bernama ‘Toba’ . . . nak cerita lanjut pun aku ingat lupa2 jaa. (lupa 2x pasal banyak lupa dari ingat hehehe)..
Seperti yg kita tahu, penduduk Indonesia terdiri dari pelbagai suku kaum (puak). Cuma yang aku ingat org Medan ke Danau Toba ni majoritinya dari suku Batak dan suku kaum batak itu sendiri pun ada banya pecahannya. Antaranya Batak Karo dan Mandailing..


09
Jul
10

Medan – Danau Toba

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani. (terjemahan ayat 11 dan 12 surah al-Hujurat)

Alhamdulillah, masih diizinkan olehNYA untuk bernafas menghirup bau dunia..
Medan.. bagi aku, ia merupakan suatu daerah yg penuh dengan warna2 kehidupan. Hampir setiap umat manusia asyik mengejar rezeki dunia. Namun masih ramai yg tidak pernah lupa mencari Akhirat. Bagi yang mencari dunia, awas.. setiap tingkah laku mereka memastikan wang saku akan cepat bertambah tebal. Jadi, bila berurusan dengan mereka pastikan anda bijak menawar. “Pasar Ikan” bagi mereka yg gemarkan membeli belah dan berani menawar… silalah.. kalau kena dengan gaya, anda pasti dapat harga yang paling rendah.. :) tapi, bagi yg mahukan keselesaan.. terdapat beberapa Toko (Kedai) yg menawarkan barangan dengan harga yg berpatutan dengan suasana toko yg selesa berhawa dingin. Perlu dingat, cuaca di Medan adalah lebih kurang kita d M’sia.
hmm.. nanti la sambung melalut.. layan gambar dulu k..



3 atas ni pict kat Danau Toba.. nanti la aku crita apa yg best kat sini..

10
May
10

….

10
Jan
10

lepak



04
Jan
10

Semeling, Sg. Petani

Salam..
selamat menyambut tahun baru 2010 masihi.. bertambah lagi la umoq. Moga tahun ni membuka lembaran baru yg lebih baik dari tahun2 sebelum ini.. :)

Cuti sekolah dengan kawin dah macam isi dengan kuku.. kali ni sahabat yg pernah bersama kerja di Miri melangsungkan perkahwinan degan gadis pilihan hatinya org kedah. Kebetulan balik bercuti dapatlah memenuhi jemputan. Apa2 pun bro, selamat pengantin baru..

kebetulan, sesampainya disana dah agak petang dan pengantin nak pergi shoot oudoor, dapatlah menumpang menembak.

Kali pertama datang ke jeti Semeling. Agak menarik tempat ni. Insyallah, kalau umur panjang nak pi shoot sekali lagi disini..









Follow

Get every new post delivered to your Inbox.