As-Salamualaikum..
Alhamdulliah.. semoga kita dipertemukan dengan Ramadhan tahun ini. Tak sabar rasanya.. harap tahun ni jodoh dengan Ramadan panjang sampai ke syawal.. Moga dapat aku beribadat kepadaMu, Tuhan..
KeampunanMu, RahmatMu dan KeberkatanMu kupohon..
Bagai malam yg gelap, semoga kehadiran bulan ini dapat mencerahkan malam yg hitam pekat ini.. moga segala tabiat burok aku ni dapat dibuang terus kedalam gelap malam.. yg nampak cumalah sinar bulan..
Kawan, cuba kita tengok pict bulan tuu.. macamana dalam gelap gelita dapat dia bersinar, kenapa? Dari segi ilmu astrologi kita mungkin tahu sebabnya… Tapi, cuba renungkan lebih mendalam…Kenapa diwaktu malam… masa dan ketikanya… betapa Maha mengetahuinya Dia..
perasan tak ada macam bayang ada org kata macam org tgh sujud.. tp, dlm pict ni more to duduk antara dua sujud… tp, walau apapun keindahan bulan tu memang tak dapat dinafikan.. Adakah kerana bulan itu cantik? atau kerana Tuhan dah tanamkan perasaan itu dalam hati kita… Cantik itu subjektif… ada org tafsirkan cantik tu lain dari apa yg kita rasa.. tp, ada kaa org kata bulan tak cantik…?
Apapun, sebelum nak masuk ramadhan ni ada baiknya aku nak minta maaf dulu kat kawan2.. mana tau kut ada yg aku tersalah dan silap… moga Allah terima ibadah kita.. amin…
salam singgah dari blogresipi dan selamat menyambut ramadhan al mubarak.
salam ramadhan dik:)
Masa kecik2 dulu selalu imejin ada nampak ibu dan anak dalam bulan..
Imajinasi budak2.. hehe..
Selamat berpuasa..
Salam Ramadhan Al Mubarak..
tu yang selalu jumpa ayat berulang2 dalam quran yang Allah tak jadikan sesuatu itu sia-sia, tapi Dia nak kita anyak berpikir.
Entryku kali ini
Syukur pada-Nya atas kesempatan
Melalui bulan terbaik antara bulan
Salam Ramadhan buat teman dan taulan
Dibulan ini kita tingkatkan amalan
salam ramadhan al-mubarak.
selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan. semoga ibadah kita diterima oleh-Nya, insya-Allah, amiinnn