05
Sep
09

Kabus Pagi di Bukit Nyamok, Kuala Nerang

naik suzuki jimmy
lembah padi
satu lai lembah
kabus pagi 1
Kabus Pagi 2
Alhamdulillah.. Dah 15 hari kita puasa .. Ya Allah, berkatilah ramadhan ku.. amin.
Tadi, kat Masjid at-Taqwa miri ada majlis Ilmu. Penyampainya Ustaz Wan Sohor. Lama dah rasanya aku tak p dengar ceramah. Samada sibuk atau malas aku tak pasti. Tp, mlm ni Alhamdulillah.. Dia kuatkan kakiku untuk melangkah dan bertahan d masjid untuk dengar ceramah.
Tajuk ceramah, kalau tak silap.. Memerdekakan Diri dengan Al-Quran.. Tuhan turunkan Al-Quran ni semata2 untuk umat manusia, untuk menjadi panduan hidup kita. Rasulallah sendiri telah berpesan yg beliau tinggal kita dengan 2 benda.. 2 saja babe.. selagi kita berpegang pada 2 ni.. kita takkan sesat iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Ramai umat Islam hari ni mengaku menjunjung al-Quran, sampai ada yang sanggup bersumpah dengan menjunjung al-Quran. Bukan itu yg agama kita minta. Sebaliknya penghayatan itu yg penting.. mengamalkan apa yg terkandung itu penting, menguatkuasakan peritah yg termaktub dalam al-Quran itu yg penting. Baru2 ni kes hukum sebat bg peminum arak. kenapa mempertikaikan kalau dalam kitab suci dah tertulis. Kita kata kita berpegang pada al-Quran dan as-Sunnah, tapi bila bab perlaksanaan kita membelakankan pegangan kita. Berpegang ke tak ni? Contohnya, kita tampal ayat seribu dinar kat dinding2. tp, kita sendiri tak paham maksud ayat tu.. kita harap ayat tu yg meningkatkan pendapatan. berusaha tak mau.. sedang dalam ayat tu dia suruh kita bertakwa dan bertawakkal kepada Allah. Adakah kita bertakwa dengan hanya menampal ayat itu di dinding?
Satu lagi, ustaz tu tekankan hukum Qisas (bunuh balas). Dalam Quran dah sebut tentang hukum ni. Kita berpegang pada Quran.. tapi, kenapa bila nak menghukum kita pertikaikan. Setahu aku, Islam ni mudah dan memudahkan. Kalau kita percaya kenapa kita tak buat. kita tak boleh percaya separuh lepas tu buang yg separuh lagi. Macam kita tengah makan ayam, kita tau sedap.. tp, adakah kita makan separuh ja pastu buang yg lagi separuh.. sedang kita tengah lapar dan takda benda yg menghalang kita dari makan. Apa2 pun tepuk dada tanya hati.. kita ni dah kat mana sekarang..


7 Responses to “Kabus Pagi di Bukit Nyamok, Kuala Nerang”


  1. September 5, 2009 at 11:44 pm

    Assalamualaikum..

    Salam Ramadhan..
    Tajuk ceramah yang baik..hukuman yang ditetapkan Allah itu unutk memandu hamba-Nya agar tetap di jalan Allah..

    banyak undang2 antarabangsa pun akan menjatuhkan hukuman mati jika seseorang itu didapati bersalah membunuh..cuma cara pengadilannya itu berbeza mengikut kategori. Begitu juga Islam..ia hendaklah dipastikan adil dan tidak menganiayai mana-mana pihak hingga menimbulkan fitnah kelak..Islam itu mementingkan keadilan dan kesempurnaan..

    Sesungguhnya pembalasan yang sebenar adalah di hari akhirat kelak..

    • 2 schoepentoeter
      September 6, 2009 at 4:46 am

      Wa’alaikumsalam…
      tu laa.. Allah dah bagi guide, kenapa nak buat sendiri.. Dia tau yg mana baik untuk kita sebab Dia yg menciptakan kita.

  2. September 8, 2009 at 8:28 am

    Itulah yang menghairankan. Umat islam sendiri yang menghalang undang² islam ditegakkan.
    p/s : macam tanah tinggi jak ni bro

  3. September 8, 2009 at 11:43 am

    Manusia suka merumitkan keadaan..
    Bila dapat yang sukar, inginkan yang senang..
    Bila dapat yang senanga, mulalah lupa nak bersyukur..

  4. September 8, 2009 at 3:18 pm

    Subhanallah.. cantik gambar2 landskap yg bro amek.. tu yg best jd fotografer ni. Kita lebih appreciate kpd benda2 yg indah ciptaanNya..

  5. September 8, 2009 at 6:42 pm

    indahnyer ciptaan tuhan kan…

  6. September 8, 2009 at 10:27 pm

    owh! good info … dalam masa yg sama ada nasihat … amik iktibar


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: