11
Sep
09

Dua Insan

Salam…
Inilah kali pertama aku paparkan wajah orang yg paling aku kasih dalam dunia ni. Thanks to along mikagami http://blog.mohdalhafiz.com/ for a lovely potret. aku sendiri tak pernah nak shoot. Terasa tangan kekok bila nak shoot mereka. Kenapa? aku sendiri tak ada jawapan untuk itu..
Sejak ditingkatan 1 aku dah mula tinggal sendiri (kat asrama laa.. berdikari kununnya). Jadi, hati ni mungkin dah keras. Bila tengok kawan yg “homesick” kadang aku pelik. kenapa la mereka nii.. bukan lama pun duk asrama masa tu, setiap 2 minggu boleh balik (skolah kat kedah jugak). Tapi masa tu budak2 lagi kan.. mungkin sebab jiwa muda yg suka memberontak untuk ‘keluar’ aku lebeh suka tinggal asrama. Rupanya, aku makin jauh dari rumah.. masuk tingkatan 4, dapat sambung kat P.Pinang. Lepas tu.. sambung kat KL (U tempatan kat Jalan semarak).. Sambung lagi.. Kat Skudai… mm.. aku makin jauh.. Tamat belajar, dapat kerja kat KL (Alhamdulillah, dekat sikit) rupanya tak lama.. Kena hantar ke Miri.. sampai sekarang…
Sedar tak sedar… langkah kaki ini tak berhenti menjauhi rumah. Tapi sampai bila?? adakah aku akan terus melangkah pergi?? Ya Tuhan, moga aku tak lupa di mana asal ku..
Kadang2 hati kecil berbisik rindu… Teringin nak baring di riba mereka..
Abah… Ummi… chek minta maaf.
maaf sebab tak dapat tinggal lama2 dirumah..
maaf sebab jarang2 call.. atau kadang2 terlupa sampai ummi yg call dulu..
maaf sebab tak pandai nak ambil hati..
maaf sebab tak pandai nak zahirkan betapa manjanya anak mu ini…
maaf sebab selalu tak ada disisi bila ummi dan abah tak sihat..
maaf sebab selalu nakal2..
maaf sebab kadang2 buat ummi risau..
maaf sebab selalu tak bagitau nak pi mana2..
maaf sebab tak pernah nak kongsi masalah..
maaf sebab tak pandai nak bimbing adik2..
Ya Allah, terlalu banyak dosaku dengan mereka..
“Ya Allah, kasihanilah kedua org tuaku sepertimana mereka mengasihaniku ketika kecil”

Abah.. Ummi..
terima kasih untuk segalanya yg tak mampu aku senaraikan disini.
Ketahuilah.. anakmu ini, walau zahirnya dah besar panjang.. tapi, hati kecilnya tetap seperti bayi yg menagis bila lapar.. masih banyak yg perlu dipelajarinya dalah kehidupan ini..

“Tiada lah keredhaan Tuhan tanpa keredhaan mereka berdua.. Abah.. Ummi.. ampunkan long yaa..”

Abah
Ummi


17 Responses to “Dua Insan”


  1. September 11, 2009 at 9:55 pm

    yup … utk pertama kali shoot pic org tua saya pun rasa kekok … hmm, sekali sekala kenal kan org yg paling kita syg dalam blog, besar makna nya … semoga kedua ibubapa mu dalam keadaan sihat sejahtera

  2. September 12, 2009 at 2:32 pm

    yo’re good son dude….really good…:)

  3. September 13, 2009 at 9:27 pm

    Kat duniA nih…ibu bapa lah segaLa2nyaa…tiada apa yg dpt menggantikan mereka, err..aku rindu kt arwah ayah aku 😦

    “Selamat MenyamBut Hari Raya…maaf zahir dan batin”

  4. 7 Faiz
    September 14, 2009 at 12:54 am

    Aku pun terasa jugak…aku pun duduk jauh2 jugak…seberang laut cina selatan, sedih sedih.

  5. September 14, 2009 at 3:08 am

    syukurlah kerana kerinduan itu datang bertamu di hati juga akhirnya…

    Entryku kali ini

    Tepung suji kuih gelang
    Hidang bersama kuih bahulu
    Belum lagi raya menjelang
    Lemang dan rendang ku dah rasa dulu

  6. September 18, 2009 at 6:05 am

    ketabahan hati di ramadan ini.. bro,

    syawal semakin menjelang tiba..
    ramadan yang penuh pengertian ini,
    mula menghampiri akan penghujungnya..
    selamat menyambut hari lebaran yang
    bakal menjelang tiba..

  7. September 18, 2009 at 6:38 am

    assalamualaikum …
    dengan rasa rendah diri, saya ingin mengucapkan salam aidilfitri …
    semoga aidilfitri kali ini membawa seribu keberkatan dariNya …
    Insyallah

  8. September 19, 2009 at 3:49 am

    salam aidilfitri buat anda sekeluarga…

  9. September 28, 2009 at 5:17 am

    Entryku kali ini

    Kampong halaman menggamit mesra
    Buat perantau yang jiwa tersiksa
    Kenangan Syawal masih terasa
    Meriah suasana gembira senantiasa

  10. September 30, 2009 at 2:16 am

    Entryku kali ini

    Hidup ini seketika hanya
    Buatlah amal bekalan ke sana
    Kekar tegap mantap orangnya
    Seorang Pak Tua berjiwa sastera

  11. 16 sheffa
    November 5, 2009 at 7:46 am

    Sejuk hati tgk muka parents hang


Leave a reply to ouled kenitra Cancel reply