09
Jul
10

Medan – Danau Toba

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani. (terjemahan ayat 11 dan 12 surah al-Hujurat)

Alhamdulillah, masih diizinkan olehNYA untuk bernafas menghirup bau dunia..
Medan.. bagi aku, ia merupakan suatu daerah yg penuh dengan warna2 kehidupan. Hampir setiap umat manusia asyik mengejar rezeki dunia. Namun masih ramai yg tidak pernah lupa mencari Akhirat. Bagi yang mencari dunia, awas.. setiap tingkah laku mereka memastikan wang saku akan cepat bertambah tebal. Jadi, bila berurusan dengan mereka pastikan anda bijak menawar. “Pasar Ikan” bagi mereka yg gemarkan membeli belah dan berani menawar… silalah.. kalau kena dengan gaya, anda pasti dapat harga yang paling rendah..🙂 tapi, bagi yg mahukan keselesaan.. terdapat beberapa Toko (Kedai) yg menawarkan barangan dengan harga yg berpatutan dengan suasana toko yg selesa berhawa dingin. Perlu dingat, cuaca di Medan adalah lebih kurang kita d M’sia.
hmm.. nanti la sambung melalut.. layan gambar dulu k..



3 atas ni pict kat Danau Toba.. nanti la aku crita apa yg best kat sini..


3 Responses to “Medan – Danau Toba”


  1. July 14, 2010 at 11:09 am

    wow … scenery yg menarik … bro, kasi up lagi … confirm byk pics cantik2😉

  2. July 16, 2010 at 5:42 am

    memang best bercuti di sana..
    apalagi ke tempat2 menarik yang ada.
    nice gambar.

  3. July 16, 2010 at 4:39 pm

    Good info!
    Ada legenda kan Danau Toba ni..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: