31
Oct
10

Edisi khas buat sahabat lama..

Dah lewat malam.. esok nak kerja.. dalam dok beguling2 atas tilam empok tiba2 ada sms masuk..
ada 2 kemungkinan saja kalo sms masuk waktu ni.. samada sms sesat atau kawan dok cari.. kalo emergency mesti call..
yup.. kawan lama.. rupanya ada berita kurang baik.. sahabat lama ketika belajar d UTM dikabarkan telah pergi selamanya menyambut panggilan Ilahi..
“Salam, shbt kte, nurmyati tlh kembali kerahmatullahtgh hr td d tawau, sbh. sama2la kie bsdkh al-fatihah ……. semoga ruhnya aman disana… ”
Ya Allah… tempatkanlah dia bersama hamba2mu yg soleh.
Sahabat ini adalah antara 6-7 org pelajar perempuan dikalangan 50 pelajar lelaki yg sama kuliah dengan aku ketika di U dulu. Maklumlah fakulti mekanikal masa tu berapa kerat sangat perempuan.. Ketika belajar dahulu pelajar yg sekuliah dengan aku terbahagi kepada beberapa ketogori iaitu lepasan SPM yg terus sambung ijazah, lepasan metrikulasi dan lepasan diploma. dicampur lagi dengan pelajar2 yg terlebih “sayang” U sampai tak mau habiskan pengajian cepat🙂. Kebiasaannya pelajar Matrikulasi agak kamcheng dgn kami pelajar lepasan diploma memandangkan kami terpaksa menyusun jaduan sendiri… kebetulan sahabat ini lepasan matrik. Jadi group dia agak kamcheng dengan kami hinggalah projek berkumpulan ketika tahun akhir..
apa pun aku grad awal 1 sem dari group tu sebab lepasan diploma kebiasaannya dapat pindahan kradit yg lebih dari lepasan matrik..🙂
melalut dah ni…
2-3 tahun lepas rasanya kali terakhir jumpa adik2 ku ini… Alhamdulillah, dorg berjaya meloloskan diri untuk bekerja dengan syarikat pengeluar minyak negara “Carigali” .. cuma ketika kali terakhir jumpa dikhabarkan yg dia baru lepas jalani pembedahan.. hmmm… aku ingat dah baik… tp, ada juga khabar dari rakan2 lain yg kesihatan dia masih tak berapa elok…
sms malam ni buat aku terimbas kembali kebaikan korang ketika sama2 siapkan projek..🙂
Semoga Allah menempatkan kamu dikalangan hamba2Nya yang dikasihi..
Selamat jalan adik…
Kami juga akan menyusurimu nanti.. cuma bila dan dimana perjalanan kami bermula hanya Dia yg mengetahuinya. Semoga Dia memberi kesempatan buat kami untuk menambahbaikkan bekal ketika dalam perjalanan nanti..
Semogan perjalanan kamu tenang dan damai menyusuri keindahan taman2 syurga.
-amin-


9 Responses to “Edisi khas buat sahabat lama..”


  1. November 1, 2010 at 2:27 am

    satu demi satu org yg kita kenali pergi. pahit utk ditelan namun itulah kenyataannya.

  2. November 1, 2010 at 2:33 am

    Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un….semoga Allah grant her paradise.

  3. November 1, 2010 at 7:05 am

    semoga di tempatkan dikalangan org beriman … insyallah … al-fatihah buat sahabat anda

  4. November 1, 2010 at 7:06 am

    re : keje dkt tmpt construction mmg mcm ni bro … berpanas berhujan🙂

  5. 5 schoepentoeter
    November 1, 2010 at 8:33 am

    Amin…
    dia dah mulakan perjalanan.. kita entah bila.. semoga menjadi peringatan buat kita semua..

  6. November 1, 2010 at 3:25 pm

    Yang pergi sentiasa mengingatkan kita tentang keinsafan..
    Semoga roh nya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

  7. November 1, 2010 at 9:02 pm

    Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha wat arwah nurmyati

  8. November 3, 2010 at 1:56 pm

    al-Fatihah.. saya doakan rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..

  9. November 9, 2010 at 4:20 am

    menunggu update dekat sini😀


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: