11
Nov
10

Disebuah daerah

alkisah.. disebuah daerah tinggallah suatu masyarakat yg aman damai. Tetapi dikalangan mereka terdapat beberapa lapisan masyarakat berasaskan harta milik mereka. Terdapat satu sahaja kedai barang runcit terletak betul2 di tengah daerah pedalaman itu. Kedai itu dimiliki oleh segolongan bangsawan yg mendakwa mereka sering membela nasib rakyat. Oleh kerana tiadanya kedai lain di daerah itu, maka kesemua aktiviti jual beli dilakukan disitu. Para bangsawan yang memiliki kedai itu bebas menentukan peraturan jual beli. Menentukan harga barangan walau produk yang dihasilkan adalah dari penduduk daerah itu sendiri. Setiap barang dikenakan cukai. Kononnya untuk membina kedai yang lebih selesa pengguna.
Di bahagian selatan daerah tersebut, tinggallah sekelumpuk rakyat yang menyokong tindakan para bangsawan itu. Mereka bukanlah pemegang saham kedai tersebut.Mereka hanyalah golongan yang membayar untuk memiliki keahlian pengguna kedai tersebut. Setiap barangan yang dibeli mereka, akan diberi potongan atas dasar keahlian. Setiap barang hasil titik peluh mereka akan diberi keutamaan untuk dipasarkan di kedai tersebut. Bergembiralah mereka dengan keuntungan yang sedikit itu.
Dibahagian utara daerah tersebut pula, tinggallah golongan yang kurang berpuas hati dengan tindakan golongan bangsawan tersebut yg disifatkan mereka berat sebelah. Bagi mereka, tidak patut golongan bangsawan menentukan harga barangan secara bebas. Mereka sentiasa memerhatikan gerak laku golongan bangsawan itu. Mereka sentiasa mempertikaikan kemana hasil jualan yg menguntungkan itu kera prasarana kedai masih ditakuk lama. mereka mengharapkan jalan2 yang lebih baik dibina bagi menghubungkan tempat tinggal mereka dengan kedai tersebut.
Akhirnya pihak bangsawan bersetuju membina jalan yang lebih baik. Namun setelah siap pembinaannya, golongan bangsawan telah mengenakan cas keatas setiap pengguna jalan tersebut. Alasanya adalah untuk menampung kos pembaikpulihan jalan tersebut. Disebabkan tiada pilihan dan mahukan keamanan sentiasa terpelihara maka sekalian rakyat dengan berat hati merelakannya.
Namun, pada suatu hari timbullah satu golongan masyarakat yang sudah muak dengan sikap bangsawan2 tersebut. Meraka telah berhempas pulas mengumpulkan dana bagi membina satu lagi kedai baru bersebelahan dengan kedai bangsawan2 tersebut. Maka tersentaklah rakyat jelata. Terbukalah mata dan telinga mereka.
Pada mulanya, rakyat agak ragu2 untuk membeli di kedai tersebut dek kerana bimbangkan kualiti barangan yang dipasarkan. Namun setelah beberapa kali mencuba, mereka dapati kualiti barangan tidaklah berbeza kerana bahan mentah yang di gunakan adalah sama dari daerah itu. Akhirnya, rakyat jelata mula bijak memilih kerana kini mereka mempunyai alternatif lain bagi barangan harian mereka. kedai mana yang menawarkan harga yang menarik akan dapat menjual produk mereka. Namun ada juga golongan rakyat yg telah sebati dengan kedai lama terus memilih untuk tidak membeli dikedai yang baru. Begitu juga bagi rakyat yang muak dengan tipu helah kedai lama telah beralih sepenuhnya bagi membantu menaikkan kedai baru.
Disebabkan telah kehilangan ramai pengguna, golongan bangsawan terpaksa berhati2 memilih strategi pemasaran. Mereka mula menawarkan harga barangan yang murah hinggakan tidak sanggup dilakukan oleh pihak kedai yang baru. Bagi golongan bangsawan tersebut, biarlah mereka kurang pendapatan asalkan dapat memastikan pesaing mereka kehilangan pendapatan. Namun, disebabkan pihak kedai yang baru sudah biasa hidup melarat, segala tindakan golongan bangsawan tidak memberikaesan. Yang paling bahagia adalah pengguna. Mereka kini dapat menikmati barangan yang lebih murah dan berkualiti.
Akhirnya, bertambah makmurlah daerah itu.


11 Responses to “Disebuah daerah”


  1. November 12, 2010 at 11:45 am

    toin toin toin……kepala daku masih lagi memikirkan cerita di atas…..apa ye….

  2. November 12, 2010 at 4:49 pm

    ‘snorkelling’ tewww.. ihiks

  3. November 12, 2010 at 8:46 pm

    Cerita di atas…. cerita rakyat ke? hehe
    papepun.. gambarajah di atas amat menarik. =)

  4. November 15, 2010 at 3:07 am

    Dah nasib nya di situ lah rezeki nya… macam mana pun sikit…atau banyak…Alhamdulilah.

  5. November 15, 2010 at 12:05 pm

    Hahahaha… kelakar lah cerpen uols nih….

  6. 11 Awangje
    December 20, 2010 at 7:30 am

    Salam bro.
    Itu macam cerita lintah darat je…..
    Dulu orang heboh pelihara lintah…..sekarang tak ada pasal market tak ada. Bagi saya ia macam kiasan utk orang berfikir……masa untuk kita ‘membuang’ lintah lintah dalam kehidupan kita.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: