17
May
11

Mulu trip ep. 6 (finally)

As-Salamualaikum…

Lama kan tak update.. nak kata busy sangat rasanya tak.. cuma kemalasan yang teramat akhir2 ni. dan lagi sebulan dua ni banyak travel antara miri dan KL. Tengah dalam proses perpindahan balik ke KL for good Insyallah..๐Ÿ™‚

Back to the topic.. entry ni adalah yg terakhir untuk edisi Mulu Insyallah..

Sebelah petang pada hari ke-2 kami skali lagi menghayun kaki menjelajah bumi Mulu. Kali ni lebih jauh berjalan kaki.

Dari resort, kami dibawa ke HQ menggunakan van. Untuk ke HQ office kami kena seberang sungai. Jadi kena la seberangi guna jambatan gantung nii..

Di HQ tour guide dah tunggu..๐Ÿ™‚ sampai jer terus berjalan menuju ke dua lagi Gua untuk dijajah.. hehe
Penat pagi tu pun belum hilang, ni nak kena jalan lagi 30 to 40 minit…:-/

hmm.. lama sangat dah.. aku pun dah lupa nama guide kami kali nii…

Suasana hutan sepanjang perjalanan terasa mendamaikan.. redup diliputi aroma segar yang menyamankan.. sambil2 tu dapat la shoot apa yg patut..๐Ÿ™‚
Siput ni aku tak pernah nampak.. maybe keluarga siput ‘babi’ cengkerang pendek kot.. hehhee

Ok… dah sampai… kejap jer kan…
yer laa.. kaki aku yg penatnya.. hoohohoo.. Rehat kejap kat sini sebelum melangkah masuk ke gua kat depan tuu..

Rasanya sama jer kot permandangan kat dalam gua Lang dengan angin dan air jernih yg aku cerita sebelum nii..๐Ÿ™‚
dipendekkan cerita lepas jelajah gua lang kami lepak jap kat persimpangan antara gua lang dan gua rusa sebeluh meneruskan perjalanan ke gua rusa..

Next… kita ke gua yg terbesar di malaysia, gua rusa@payau (rusa dalam bahasa tempatan). Guide tu bagitu, dulu2 org tempatan selalu nampak rusa kat gua ni..๐Ÿ™‚
berbeza dari gua2 sebelum ni, gua rusa agak berbau kerana ia menjadi habitat berjuta2 kelawar… Dah sampai kat dalam gua tuu.. brother guide tu cakap, kalo nak masuk ni kami mungkin akan terlepas untuk saksikan keajaiban alam melihat berjuta2 kelawar keluar dari pintu gua sebab hari dah agak lewat. Tapi kami teruskan juga masuk kedalam… bukan selalu dapat sampai kan…
Subhanallah… walaupun ber’bau’ keindahan gua itu tetap memukau.. kerana dapat menyaksikan keindahan gua bila melihat titisan2 ari dari bumbung gua disinari cahaya matahari…

Nasib kami baik…. dalam perjalanan keluar, dapat lihat kelawar lalu diatas kepala menuju ke pintu gua.. guide bawa kami ke satu kawasan di pintu gua untuk menyaksikan keajaiban alam itu..๐Ÿ™‚
Kemudian kami teruskan perjalanan ke kawasan memerhati kelawar yang kami singgah awal tadi..

hmm.. dah penat. balik tdo dulu.. malam ada pertunjukan tradisional lagi๐Ÿ™‚

hari ketiga, seawal pagi kami mengadap sarapan dulu sebelum bergerak menuju Canopy Sky Walk..
Dengan menaiki tut2 kami menuju ke HQ sekali lagi. Sampai disana, guide yg sama ketika menjelajah gua rusa semalam telah sedia untuk membawa kami. Pejalalan kali ini sama seperti hari sebelum tapi kali ini jaraknya lebih dekat..
Lebih kurang 20minit perjalanan kami sampai di anak tangga untuk memanjat ke atas jambatan gantung.

Dalam perjalanan balik sempat la tembak apa yg patut… antaranya yg ni..

Guide ada pesan, kalau jalan tu jgan pegang “handreel” takut ada serangga berbisa dok merayap..๐Ÿ™‚

Alhamdulillah.. selesai juga edisi Mulu aku.. kalau ada peluang, Insyallah.. nak repeat lagi.. cuma kali ni nak pergi sampai pinnacle๐Ÿ™‚


4 Responses to “Mulu trip ep. 6 (finally)”


  1. May 18, 2011 at 1:01 pm

    Tumpang baca je dah rasa penat. Belum lagi kalau ikut trip tu.. tp berbaloi kan. =)

  2. 3 dila
    May 21, 2011 at 9:09 am

    nice picturesssss;)

  3. 4 whooz
    June 27, 2011 at 4:02 pm

    pinnacle cun bro. sure gambar2 ko lagi mengancam๐Ÿ˜‰. tapi kitaorang tak dapat lepak lama. sebab ambil masa lama utk naik. next nak repeat kena bagi stamina lebih sket, cepat sampai boleh lepak lama shoot kat atas.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: