Archive for the 'Uncategorized' Category

06
Jun
15

Timelapse MRR2

Advertisements
04
Mar
15

Watch “iew from kondo kepong sentral” on YouTube

View from kondo kepong sentral:

03
Feb
14

Pemanas

I’m really hope this entry will heating me back..
lama betul x update blog ni.

betul la kata2, “masa senang sebelum sibuk”. Sejak dah bekerluarga ni memang sukar nak ‘curi’ masa. Bukan tak ada, tetapi terlalu asyik dengan tuan putri.

IMG_5079e2

25
Jun
13

Indeks Pencemaran Udara Malaysia

STATUS BACAAN INDEK PENCEMARAN UDARA (IPU) PADA 24-Jun-2013 7am SELURUH MALAYSIA

(Sumber : http://www.doe.gov.my/apims/)

Header

26 June 2013

June 26
25 June 2013

June 25

24 June 2013

June 24

23 June 2013

June 23

22 June 2013

June 22

25
Jan
12

Introducing

Salam..
Lama betul tak update kan. Macam2 hal.. Tetapi yang pasti kerana kemalasan untuk memetik butang tembak menybabkan tak ada hasil buruan baru.

Sekarang dah masuk 2012.. dah masuk tahun baru.. azam mesti pasang baru kan. Munkin kali ni azam baru nak menghidupkan kembali blog buruk aku ni. Mungkin lepas ni banyak gambar model genit aku…

untuk entry pertama ni aku dengan berbesar hati nak mempekenalkan model terbaru aku merangkap puteri kesayangan aku yang dengan izinNYA dilahirkan pada 21-11-2011 🙂

08
Jun
11

Cuti Sekolah yang memenatkan..

Salam…

Penat kan bila tiba musim cuti sekolah.. 🙂 tapi buat budak2 sekolah seronok laa.. dapat bebas dari jadual belajar. Bagi kita yg dah “dewasa” ni penat ooo…
Duit pun boleh tahan laju keluar. Ni belum ada anak lagi, kalo dah ada 2-3 orang nanti camana la kan.. Apa pun semua tu bergantung pada diri sendiri la.. kalo dah tak habiskan duit gaji tu buat keluarga nak abiskan kat sapa lagi kan..

Mula saja masuk cuti hari tu dah kena travel balik kedah, adik aku bertunang laa.. naik keta… lama dah rasanya tak drive jauh cam ni.. sampai tol pun aku tak tau berapa.. sekali sampai kat tol Ipoh (berenti tido umah makSu) masuk lorong TnG.. sekali tak cukup baki daa.. Nasib baik xda org kat belakang..huhu..

Sampai jer kat Kedah esok paginya.. pengsan sampai petang laa..

Dah alang2 sampai Kedah, boleh la melepak depan Masjid Zahir kan.. sempat la shoot sekeping 2.. tp, 3 keping jer la aku tampal sini.

Rupanya kenderaan awam ini masih wujud di ibu negeri jelapang padi ini.. entah berapa tambangnya kan. Kadang2 buat aku terfikir kenapa tidak gunakan motorsikal yg diubah suai menjadi beca. Kesihan betul aku tengok pakcik2 yg tua nak mengayuh dengan pulangan yg entah berapa sahaja..

01
Aug
10

Wong Fei Hong berugama Islam??

Salam…

hmm.. rupanya banyak yg kita tak tau. kenyataan bagi tajuk entry aku hari ni kerana aku ada terbaca satu blog ni:
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

Aku agak yakin dengan pernyatan yg diutarakan oleh penulis blog ini. Memang aku akui aku ni antara peminat cerita2 kung fu china. Bila aku ingati balik cerita2 yg pernah aku tengok tentang “wong Fei Hong” ni, ada beberapa perkara yg membuatkan aku percaya dengan kenyataan penulis blog ini antaranya:
– Semua filem berkaitan “wong Fei Hong” adalah berkisarkan ketokohan beliau dan kemahiran seni bela diri beliau. Tiada langsung cerita tentang Agama yg dianuti beliau.
– Tak pernah aku tengok dalam cerita beliau ada patung atau sembahan penganut budha.
Tetapi, sejauh mana kebenaran kenyataan penulis blog itu tak dapat dipastikan kerana tiada bukti2 sahih yg lampirkan.
Namun jika benar dakwaan penulis blog tersebut, Subhanallah.. agungnya Islam. Dan aku percaya ianya adalah benar kerana memang Islam suatu masa dahulu amat mashur. Hinggakan Adolf Hitler pun menyanjungi kehebatan Islam.
Persoaalannya sekarang.. apa yang sudah berlaku didalam dunia Islam kita sekarang. Tak guna kita menyalahkan sesiapa selagi kita tak bersatu membina ummah yang bersatu padu.Bersatu bukan sahaja bermaksud dari segi fahaman politik.. bagi aku yang paling utama adalah dari segi ekonomi.
Sebagai muslim, kita tahu yang perpaduan umat Islam bermula dari keluarga.. Didalam masyarakat pula, pusat perpaduan umat Islam adalah Masjid. Aku percaya, pusat ekonomi umat Islam bermula dimasjid.


Ni nama dia teksi air.. untuk kemudahan urang seberang sana nak ke BSB (Bandar Seri Begawan)