Salam..
Lama betul tak update kan. Macam2 hal.. Tetapi yang pasti kerana kemalasan untuk memetik butang tembak menybabkan tak ada hasil buruan baru.
Sekarang dah masuk 2012.. dah masuk tahun baru.. azam mesti pasang baru kan. Munkin kali ni azam baru nak menghidupkan kembali blog buruk aku ni. Mungkin lepas ni banyak gambar model genit aku…
untuk entry pertama ni aku dengan berbesar hati nak mempekenalkan model terbaru aku merangkap puteri kesayangan aku yang dengan izinNYA dilahirkan pada 21-11-2011
Alhamdulillah..
DariNya kita datang kepadaNya kita akan kembali. Cuma bila, dimana dan bagaimana.. hanya Dia yg mengetahuinya.
Ya Allah.. aku bersyukur atas kurniaan Ramadhan dariMu. Semoga segala amal ibadahku sentiasa diterimaMu. Semoga Ramadhan kali ini Kau ampunkan segala kesilapan, kenakalan, kejahilan dan keklilafan ku yang lalu. Jadikanlah kami dikalangan hambaMu yg Bertaqwa.
Diam tak diam dah masuk malam ke 12.. cepat betul masa berlalu kan. Alhamdulillah.. tahun berbuka dan sahur ada orng tolong temankan.. tak seperti tahun2 yg lalu.
Semoga Allah panjangkan jodoh kita dengan Ramadhan
Salam…
dah nak dekat sebulan tak update.. hehe.. sorry. alaaa.. tak ramai pun yg masuk sini pun kan.
Apapun, untuk memastikan ruang ini kekal wujud.. dengan bantuan member yg kerja dalam Frim, aku p menembak kat waterfall kat dalam tuu.. kalau pg sendiri, kena bayar kat pintu masuk tuu. pastu, nak mencari lokasi waterfall pun satu hal lg..
Sampai sana pun dah lewat petang, jd shoot dekat waterfall yg paling dekat ngan jalan jer laa..
apa2 pun.. layan..
Salam pagi ahad.. pagi minggu ni apa nak buat ek..
Tunggu wife siap jap .. pas ni dah janji nak bawa dia g Ikea.. semalam p lewat dah.. tak sempat nak ushar lebih2 hehehe
hmm.. back to the topic…
dah lama aku teringin nak shoot kat sini. tp, laut cina selatan menjadi penghalang.. hohoohoooo…
apa pun, 2 minggu lepas p amik wife kat aiport mas.. jadi, sengaja keluar awai sikit. singgah Putrajaya jap..
Tak berapa tau jalan kat area tu, surf kat GPS, dia bawa pi ke area cruiser tasik putajaya.. munkin sebab malam tu ada konsert final AF tak ramai orang area tuu..
Apapun, tempat tu agak menarik dengan kombinasi tasik dan bangunan2 yg unik (masjid, KPM n jambatan. Tapi, sebab agak lewat sampai… langit gelap sangat. Maybe lepas ni nak kena repeat lepas magrib kot…
jom….
hmm.. jom g Ikea..
agak2 kalo shoot dalam IKEA depa marah tak? hehhee
Penat kan bila tiba musim cuti sekolah.. tapi buat budak2 sekolah seronok laa.. dapat bebas dari jadual belajar. Bagi kita yg dah “dewasa” ni penat ooo…
Duit pun boleh tahan laju keluar. Ni belum ada anak lagi, kalo dah ada 2-3 orang nanti camana la kan.. Apa pun semua tu bergantung pada diri sendiri la.. kalo dah tak habiskan duit gaji tu buat keluarga nak abiskan kat sapa lagi kan..
Mula saja masuk cuti hari tu dah kena travel balik kedah, adik aku bertunang laa.. naik keta… lama dah rasanya tak drive jauh cam ni.. sampai tol pun aku tak tau berapa.. sekali sampai kat tol Ipoh (berenti tido umah makSu) masuk lorong TnG.. sekali tak cukup baki daa.. Nasib baik xda org kat belakang..huhu..
Sampai jer kat Kedah esok paginya.. pengsan sampai petang laa..
Dah alang2 sampai Kedah, boleh la melepak depan Masjid Zahir kan.. sempat la shoot sekeping 2.. tp, 3 keping jer la aku tampal sini.
Rupanya kenderaan awam ini masih wujud di ibu negeri jelapang padi ini.. entah berapa tambangnya kan. Kadang2 buat aku terfikir kenapa tidak gunakan motorsikal yg diubah suai menjadi beca. Kesihan betul aku tengok pakcik2 yg tua nak mengayuh dengan pulangan yg entah berapa sahaja..
Update lagi wordpress aku ni kan.. hehehe..
Dalam tempoh 2 bulan yang lalu memang aku bieziii dengan kerja.. biezii dengan proses perpindahan. Tapi semua kebieziiann itu Insyallah telah berkurangan. Kalau tak mana mungkin aku update wordpress ni kan.. haha
Ni pun mencuri duit gaji aku… Ishh.. halal kot no aku curi ni.. dah depa tak bagi kerja kan.. nak buat apa lagi.. kalau dok asyik merayau boss tengok marah pulok nanti kan.. hmmm whateverrrr =p
Dalam proses perpindahan tu, adala dalam 2 minggu aku merempat d KL sebab depa suruh balik dulu sebelum extand lagi sebulan kat Miri.. Ni semua gara2 politikus management la nii… lantak pi korang la kan.. janji bagi aku tempat persinggahan.. takkan nak suruh aku tidor kat Masjid pulak kan.. Jadinya, depa bagi aku 2 minggu kurang lebey la lepak kat Lanson Hotel. Lokasi hotel? 5 minit naik motor dari opice aku kat jalan ampang sebelah sekolah International apa tah…
Sambil2 lepak tu ingat nak shoot la kat hotel ni.. dia punya Decor memang best.. ala2 garden gituu… rekabentuk pun unik jer…
Tapi, sebab kemalasan yg melampau… aku shoot sikit jer.. ni baru nak nyesal sebab angle pict2 lain tak menarik.. 5 keping aku shoot nak buat panorama, sekali “photostich” tak bagi match sebab focal length too big.. dah aku pakai wide lens. patut la.. huhu…
ni antara pict yg aku shoot dari tingkat 16 hotel (limited access apply to this hotel. Nak guna lift kena pakai card. So, only level yg aku duduk jer boleh access) …
ada 4 lift untuk kegunaan tetamu yang disusun 2 lift in opposite… tengok foto dibawah nii..
Sebab bayar tak berapa mahai (company yg bayar.. lantak pi la kan..) dia bagi aku view ampang. Kalo nak view KLCC lagi mahal kot..
Foto malam ni tak berapa menarik laa.. upload jer la ek.. kalo amik just lepas mentari terbenam mesti lagi ok kot.. Tapi masa ni asyik sampai bilik dah masuk Isyak nak buat macamana kan… huuhuhu
hmmmm… best gak rasanya dok hotel ni.. sampai waitress masa breakfast pun dah kenai sebab hari-hari muka ni jerr… bro yg buat omelet pun tengok muka aku pun dah siap highlight “cheese lebey ?” … “Cam biasa.. heheh”
Luckly company ada Koporat akaun kat sini. Semalam cuma RM200… huhu.. kalo duit aku keluuu…. tido mesjid laa.. hahhaa
Salam..
mesti ramai yg tak tau kan yg kat Miri ada satu University yg agak ternama.. Aku kalo tak kerja kat Miri pun mungkin gagal mengesan kehadiran Uni ni..
Bila join Ansara Kelab Miri dapat la jumpa budak2 Curtin ni.. rupanya diorang ni result semua kencang2.
Sebenarnya Curtin ni adalah franchise dari Aussie.. Kira budak2 dia ni boleh dianggap geng study Ober the Sea la kann.. hehhe
Sebelum balik KL hari tu sempat la aku menyesatkan diri ke dalam kampus diorang ni dengan bantuan seorang member yg join Ansara..
Rupanya cantik view kat dalam tuu.. siap ada tasik yg agak besar, kalau tak silap aku tasik ni semula jadi rasanya…
Ishhh… rugi pulak rasanya tak tau port ni awal2… huhu..
Nway.. thanks to my friends tu yg tolong bawa aku ke port yg cantik kat dalam curtin…
Lama kan tak update.. nak kata busy sangat rasanya tak.. cuma kemalasan yang teramat akhir2 ni. dan lagi sebulan dua ni banyak travel antara miri dan KL. Tengah dalam proses perpindahan balik ke KL for good Insyallah..
Back to the topic.. entry ni adalah yg terakhir untuk edisi Mulu Insyallah..
Sebelah petang pada hari ke-2 kami skali lagi menghayun kaki menjelajah bumi Mulu. Kali ni lebih jauh berjalan kaki.
Dari resort, kami dibawa ke HQ menggunakan van. Untuk ke HQ office kami kena seberang sungai. Jadi kena la seberangi guna jambatan gantung nii..
Di HQ tour guide dah tunggu.. sampai jer terus berjalan menuju ke dua lagi Gua untuk dijajah.. hehe
Penat pagi tu pun belum hilang, ni nak kena jalan lagi 30 to 40 minit… :-/
hmm.. lama sangat dah.. aku pun dah lupa nama guide kami kali nii…
Suasana hutan sepanjang perjalanan terasa mendamaikan.. redup diliputi aroma segar yang menyamankan.. sambil2 tu dapat la shoot apa yg patut..
Siput ni aku tak pernah nampak.. maybe keluarga siput ‘babi’ cengkerang pendek kot.. hehhee
Ok… dah sampai… kejap jer kan…
yer laa.. kaki aku yg penatnya.. hoohohoo.. Rehat kejap kat sini sebelum melangkah masuk ke gua kat depan tuu..
Rasanya sama jer kot permandangan kat dalam gua Lang dengan angin dan air jernih yg aku cerita sebelum nii..
dipendekkan cerita lepas jelajah gua lang kami lepak jap kat persimpangan antara gua lang dan gua rusa sebeluh meneruskan perjalanan ke gua rusa..
Next… kita ke gua yg terbesar di malaysia, gua rusa@payau (rusa dalam bahasa tempatan). Guide tu bagitu, dulu2 org tempatan selalu nampak rusa kat gua ni..
berbeza dari gua2 sebelum ni, gua rusa agak berbau kerana ia menjadi habitat berjuta2 kelawar… Dah sampai kat dalam gua tuu.. brother guide tu cakap, kalo nak masuk ni kami mungkin akan terlepas untuk saksikan keajaiban alam melihat berjuta2 kelawar keluar dari pintu gua sebab hari dah agak lewat. Tapi kami teruskan juga masuk kedalam… bukan selalu dapat sampai kan…
Subhanallah… walaupun ber’bau’ keindahan gua itu tetap memukau.. kerana dapat menyaksikan keindahan gua bila melihat titisan2 ari dari bumbung gua disinari cahaya matahari…
Nasib kami baik…. dalam perjalanan keluar, dapat lihat kelawar lalu diatas kepala menuju ke pintu gua.. guide bawa kami ke satu kawasan di pintu gua untuk menyaksikan keajaiban alam itu..
Kemudian kami teruskan perjalanan ke kawasan memerhati kelawar yang kami singgah awal tadi..
hmm.. dah penat. balik tdo dulu.. malam ada pertunjukan tradisional lagi
hari ketiga, seawal pagi kami mengadap sarapan dulu sebelum bergerak menuju Canopy Sky Walk..
Dengan menaiki tut2 kami menuju ke HQ sekali lagi. Sampai disana, guide yg sama ketika menjelajah gua rusa semalam telah sedia untuk membawa kami. Pejalalan kali ini sama seperti hari sebelum tapi kali ini jaraknya lebih dekat..
Lebih kurang 20minit perjalanan kami sampai di anak tangga untuk memanjat ke atas jambatan gantung.
Dalam perjalanan balik sempat la tembak apa yg patut… antaranya yg ni..
Guide ada pesan, kalau jalan tu jgan pegang “handreel” takut ada serangga berbisa dok merayap..
Alhamdulillah.. selesai juga edisi Mulu aku.. kalau ada peluang, Insyallah.. nak repeat lagi.. cuma kali ni nak pergi sampai pinnacle
Salam…
Lama betul tertangguh episod Mulu trip ni… hari ni sambung balik.
Jadi, lepas masuk gua angin a.k.a wind cave, kami turun semula kat tempat boat landing. Rupanya, brother jokey boat dah beredar.. dia kata nak tunggu.. hampeh betol. Jadi tour guide suruh kami jalan ja. Nasib baik dekat ja.. dalam 10minit jalan ke kaki bukit nak ke pintu Lady Cave and Clear Water Cave.
risau sikit lalu jalan tu sebab plank yg dia bina bukan diatas tanah tetapi disanggar (betul ka aperkataan ni?) di dinding bukit batu kapur dan bawanya terus sungai di ketinggian 3-4 meter dari aras sungai.
Akhirnya sampai ke pelantar yg dibina ditepi sungai untuk santai sebelum memanjat tangga ke Clear Water Cave..
sampai kat situ boleh lepak jap.. sebab guide bgtau yg nak ke gu seterusnya, Lady Cave kena panjat tangga. tinggiiiiii… so sambil lepak tu shoot sikit..
jokey bot rupanya tunggu kat sini sebab kat sini penghujung sungai. Sungai tu rupanya bercantum dengan sungai dalam clear water cave..
wokey.. jom masuk gua …
nak p ke pintu lady cave kena panjat tangga..
ni baru separuh dari tinggi tangga tu . .
ni la Lady Cave.. lebey kurang ja..
kalo nak tau, ni la sebab gua ni diberi nama Lady Cave.. nampak tak bayang2 macam perempuan tuu yg terhasil dari bentuk salah satu batu staliktik (camana tah ejaannya).. pandai2 la imagine ek..
Seterusnya kami masuk ke gua air jernih a.k.a. Clear Water Cave.. Jernih betul air dalam tu. Kalo amik pakage extreme guide tu bgtau boleh masuk dalam air tu dan keluar ikut laluan air tu.. tp kena tunggu musim kemarau sebab musim hujan bahaya air banyak dan laju..
keluar dari Clear Water Cave, lepak jap kat area jokey dok tunggu tu.. makan n basah badan jap sebelum balik resort dan rehat sebelum sambung aktiviti petang pulak